Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

The Batak Boys

MULAI minggu ini aku mahu menulis tentang muzik Melayu. Selama tujuh minggu lalu, aku banyak menulis tentang filem dan apa terjadi pada aku serta pengalaman aku lalui dalam bidang filem sehingga tahun-tahun akhir 80-an. Sejak itu aku mula banyak mengarah drama telemovie untuk stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta. Aku bukan pemuzik tetapi memang meminati muzik, terutama muzik moden berasaskan genre blues dan rock n roll dari barat dan tempatan. Aku rasa bertuah kerana membesar bersama dengan zaman negara kita ini membangun dan melalui proses pembangunan selepas merdeka dari penjajahan British pada 1957 sehingga ke saat ini. Aku melalui zaman ketika hanya radio merupakan media sebaran am dan diikuti kemunculan televisyen dalam bentuk hitam putih. Radio Malaya mula beroperasi pada 1 April 1946 dan siaran televisyen pula bermula pada 28 Disember 1963 selepas lebih kurang tiga bulan Malaysia ditubuhkan. Kampung Kelemak, kampung aku terletak lebih kurang 1.5 kilometer dari ...

Bara di lautan teduh

ARTIKEL aku minggu lepas "Nasib baik aku mengamuk" menimbulkan pelbagai reaksi kawan-kawan. Di antara maklum balas aku dapat daripada kawan-kawan penggiat filem ialah mereka tidak tahu tentang insiden aku mengamuk di set penggambaran filem Perancis, After the River pada 1981 itu. Ramai terkejut dan mengakui minggu lalu merupakan kali pertama mereka mengetahui insiden itu. Memang aku jarang menceritakan insiden yang berlaku 33 tahun lampau itu kepada sesiapa selama ini. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu dan pernah aku ceritakan. Aku pun tidak tahu mengapa bersikap begitu. Secara berjenaka aku katakan kepada mereka – “Gua belum famous lagi masa tu! Tu sebab lu orang tak tahu!” Pada aku, peristiwa itu terlalu istimewa dan tinggi nilai sumbangannya dalam membentuk aku untuk menjadi pengarah filem. Insiden itu berjaya membina kekuatan dan jati diri aku secara langsung dan tidak langsung untuk berdepan segala fitnah dan mehnah yang terpaksa aku lalui selama h...

Nasib baik aku mengamuk!

DENGAN  tersiarnya artikel 'Kenapa aku marah lagi' minggu lalu, makin ramai mula faham kenapa selama ini aku bertindak menentang arus. Ramai juga bertanya aku maksud ungkapan 'persona non grata' di akhir artikel aku itu. Ada yang ingat lagi Persona Non Grata adalah tajuk filem arahan Syed Azidi pada 2006. Dalam pengertian mudah 'persona non grata' adalah individu yang tidak punya tempat bermastautin – stateless person. Aku hanya sedar apa aku lalui selama ini menggolongkan aku sebagai manusia berstatus 'persona non grata' selepas membaca buku Malaysian Cinema In A Bottle (2013) tulisan Hassan Abd Muthalib, seorang pengkritik dan pengkaji sejarah filem Malaysia. Aku berkesempatan membaca buku terbaharu Hassan itu awal tahun ini. Dalam salah satu bab, Hassan menceritakan tentang attitude, sikap rebel dan penentangan aku terhadap birokrasi Finas. Hassan merumuskan aku menjadi 'persona non grata' kerana kelantangan aku memprotes ...

Kenapa aku marah lagi

MINGGU  ini aku akan menyambung apa yang terjadi selepas peristiwa pintu Finas yang pecah. Ketika insiden itu aku sedang mengarah filem kedua Rozana Cinta 87. Sebelum aku diberi peluang dan kepercayaan oleh Pak Harun Hassan (Allahyarham) tuan punya syarikat penerbitan filem Amir Communication, aku berdepan kesukaran untuk mendapatkan produser bagi mengarah filem kedua, terutamanya selepas peristiwa filem pertamaku Kembara Seniman Jalanan (KSJ) disabotaj tayangannya. Keadaan ini berlaku kerana tersiarnya banyak berita dan kisah kontroversial tentang aku dan isu wartawan sampul surat (wartawan envelop) dalam KSJ. Tidak ada produser yang berani mengambil aku mengarah filem untuk syarikat mereka. Aku faham mereka takut berdepan risiko. Aku pun tidak mahu menyalahkan mereka kerana pelaburan untuk menerbitkan filem ketika itu memerlukan modal dalam lingkungan RM200,000 hingga RM300,000. Jumlah itu besar dan tinggi ketika itu. Siapa mahu rugi? Dalam aku menghadapi kesukaran m...