Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Beto Kusyairy

Adaptasi: Tiang seri perlu dipertahankan

HUJUNG  minggu lalu aku dan penulis novel Tombiruo, Ramlee Awang Murshid telah dijemput menghadiri satu rakaman program untuk Sinar TV sempena Karnival Karangkraf. Rakaman temu bual itu boleh ditonton secara online di Sinar TV, YouTube dan juga di Facebook – Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC). Siapakah pelakon bakal memerankan watak Ejim a.k.a Tombiruo dan watak Amiruddin? Itulah soalan cepumas yang diajukan kepada kami. Sememangnya keinginan peminat dan pembaca setia novel Tombiruo ingin mengetahui siapakah pelakon bakal memerankan watak Ejim aka Tombiruo, si penunggu rimba mula membara sejak sidang media pra-pelancaran filem Tombiruo sebulan lalu. Aku pernah menulis dalam kolum ini tentang keterujaan peminat dan pembaca setia siri novel Tombiruo untuk mengetahui pelakon tanah air yang mana bakal dipilih untuk watak tersebut. Ramai pelakon-pelakon lelaki tanah air diuar-uarkan oleh peminat-peminat novel Tombiruo melalui komen-komen mereka di Facebook RAMFC. Di ant...