Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sandera

P Ramlee tak kesampaian arah filem adaptasi

MINGGU ini aku ingin mengajak pembaca berkongsi maklumat dan informasi tentang sejarah adaptasi novel ke filem di peringkat dunia. Filem-filem adaptasi dari Hollywood dan lain-lain sinema luar. Tujuan aku ialah untuk memberi kefahaman dan menambah pengetahuan tentang apa itu adaptasi novel ke filem. Bukan untuk berlagak ‘poyo’ tetapi lebih bertujuan berkongsi informasi dan ilmu tentang  pengadaptasian novel ke filem tempatan dengan adaptasi dilakukan oleh penggiat dan pembikin filem di peringkat dunia, terutamanya Hollywood. Di Hollywood, sejak 1927-8 bila Academy Award atau Anugerah Akademi dimulakan, 85 peratus pemenang oskar Anugerah Filem Terbaik adalah berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel. Adaptasi Sherlock Holmes mula dibuat pada tahun 1916 oleh William Gillette. Terdapat lebih 200 versi filem dan siri televisyen diadaptasi daripada novel Sherlock Holmes karya Sir Arthur Conan Doyle  sejak dari era silent movie - filem bisu sehingga sekarang. Paling ...