BANYAK perkara menarik dan di luar jangkaan aku alami ketika mengarah drama Funfair terbitan 1990 ini. Minggu lalu, aku catatkan ketika aku menulis skrip drama ini, aku tidak memikirkan sama ada pasukan produksi boleh mendapatkan atau tidak lokasi utama iaitu sebuah funfair untuk drama ini. Keutamaan aku hanya satu sahaja - idea dan cerita drama ini perlu berjaya divisualkan. Pasukan produksi mesti memastikan mereka berjaya mendapatkan funfair yang benar-benar wujud. Jika usaha ini gagal maka pembinaan satu set funfair terpaksa dipertimbangkan. Ini akan melibatkan bajet lebih besar. Tiada pilihan lain. Ada beberapa insiden tidak aku jangka berlaku ketika penggambaran drama ini. Di peringkat pra-produksi, pengurus produksi ditugaskan untuk mencari satu tapak funfair di kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang bersuasana kampung seperti aku bayangkan - kampung berlatar belakangkan bukit bukau, hutan dan gunung. Pengurus produksi aku gagal menjumpai lokasi seperti digambarkan dalam sk...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.