Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Pengarahan konvensional & video bantu

SENI filem dan pembikinan filem tidak dinafikan merupakan the highest form of art – kerja seni bertaraf paling tinggi. Filem adalah kombinasi seni dan sains yang melibatkan pelaburan dana. Jumlah dana boleh sahaja dalam nilai paling asas atau sehingga mencapai nilai jutaan dan bilion untuk menghasilkan kerja seni bernama filem. Sepanjang minggu lalu, aku terlibat dengan tugasan pos produksi untuk menghasilkan satu promo pendek sebuah filem. Tugasan ini memerlukan aku terlibat dan memantau proses color grading – penggredan warna. Penggredan warna ini dilakukan setelah promo pendek filem tersebut siap di sunting. Apa aku ingin nukilkan bukan bagaimana proses penggredan warna dilakukan. Aku ingin menulis kesempatan aku bertemu dan berinteraksi dengan pembikin filem muda ketika melakukan proses tersebut. Topik perbualan kami ini yang ingin aku kongsikan dengan pembaca kolumku minggu ini. Beberapa minggu sebelum ini aku bertemu dan bertugas bersama sekelompok pembik...

KSJ, siapa bakal produsernya?

SELEPAS pertemuan pada petang 1 Jun 1984 bersamaan 2 Ramadan 1404 itu, aku seperti tidak percaya M Nasir mahu aku terlibat dalam projek filemnya. Aku dipertanggungjawabkan menulis lakon layar dan seterusnya mengarah filem pertama lakonan M Nasir. Sejujurnya aku masih sukar untuk percaya telah bertemu dengan M Nasir beberapa jam sebelum ini. Bukan kerana rasa kagum terhadap seorang penyanyi popular sudi datang ke rumahku tetapi lebih kepada tawaran beliau kemukakan kepadaku – mengarah filem berjudul Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Biar betul? Aku seperti tidak percaya aku ditawarkan peluang mengarah filem pertamaku. Filem ini juga mencatatkan sejarah kemunculan pertama M Nasir dalam filem. Macam-macam fikiran, soal jawab bermain di mindaku sambil menunggu waktu berbuka senja itu. Apakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab seorang pengarah filem? Ini bukan projek bernilai seribu atau dua tiga ribu ringgit. Kos untuk menghasilkan sesebuah filem era 80-a...

KSJ bermula pada bulan Ramadan

Beberapa minggu kebelakangan ini aku berpeluang bekerjasama dengan beberapa filmmaker dan pengarah filem generasi baharu. Pertemuan tidak dirancang ini berlaku atas urusan kerja. Kesempatan ini juga membolehkan aku mengenali lebih dekat pembikin, penggiat filem generasi muda kita. Aku sebenar sangat teruja. Aku bagaikan mendapat suntikan tenaga dan semangat baharu bila berpeluang berinteraksi sambil bertugas dengan anak-anak muda ini untuk penggambaran menyiapkan satu projek promosi untuk sebuah filem. Lewat sesi tugasan dan pertemuan tersebut aku berkesempatan menyelami pemikiran dan pandangan sinematik pembikin dan penggiat filem generasi baharu ini. Aku dapati kelompok ini khususnya, pandangan mereka lebih terurus dan jelas hala tujunya. Mereka ini rata-ratanya tahu dan pasti kenapa mereka memilih bidang perfileman sebagai kerjaya mereka. Ada misi dalam kerja karya dan perjuangan seni mereka. Aku tidak mahu menggunakan ‘input’ ini untuk menggambarkan senario kes...

Kembara Seniman Jalanan masih relevan?

Februari 2016, genaplah 30 tahun usia filem sulung arahanku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Filem KSJ memperkenalkan M Nasir (Datuk) ke layar perak ini mula ditayangkan kepada umum pada 22 Februari 1986. Aku dapati filem KSJ masih mampu mencuri perhatian penggiat seni dan pihak berkuasa terlibat dengan seni hiburan tanah air sehingga sekarang. Awal tahun ini, filem KSJ mencetuskan isu penggunaan babak-babak filem tersebut oleh TPPA Malaysia untuk klip video kempen penerangan mereka lewat alam siber tanpa keizinan penerbit dan tuan punya hak ciptanya. Kekecohan isu ini berjaya diselesaikan dengan penarikan balik klip video tersebut oleh TPPA Malaysia daripada terus viral di internet. Kesimpulannya, filem sulung arahan dan lakon layar tulisanku berdasarkan skrip asal M Nasir ini masih relevan sehingga kini. Aku percaya kerelevanan filem KSJ kerana idea dan isu yang diangkat lewat naskhahnya – isu cetak rompak dan rasuah. Dua gejala perosak nombor wahid terhadap pembangunan buday...