Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Raya

Menonton Wayang di Hari Raya

DI awal dan akhir era 60-an penonton filem Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar kebiasaannya hanya berpeluang menonton di pawagam ketika menyambut hari raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha. Keadaan ini berlaku kerana jarak antara pekan dan bandar utama yang ada pawagam dengan kampung-kampung yang agak jauh. Ditambah dengan keadaan ekonomi dan tuntutan hidup yang tidak membolehkan mereka berbelanja mewah, menonton wayang merupakan aktiviti istimewa untuk anak-anak muda ketika meraikan sambutan hari raya. Menonton wayang tidak boleh dilakukan sebagai aktiviti sosial harian yang lazim dan mudah seperti sekarang.   Kali ini aku ingin menceritakan suasana dan pengalaman menyambut hari raya dengan menonton wayang di pawagam pada era 60-an. Ia sebuah pengalaman unik yang pasti tidak akan berulang lagi kerana gaya hidup terkini telah banyak berubah berbanding era 60-an. Jika pengalaman aku dan rakan-rakan sekampung tengok wayang gambar atau menonton filem sempena menyambut ...

Hari raya tengok wayang gambar

PAGI Ahad lepas aku bertemu dengan seorang brother berusia lebih otai daripada aku. Brother otai ini bertanya kenapa sejak kebelakangan ini aku banyak menulis tentang isu dan hal-hal yang ‘berat’. Aku rasa beliau maksudkan tulisan aku mengenai kupasan kertas kerja Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dan gagasan tentang Muslim Cinema atau Sinema Islami lewat kertas presentasi Mansor Puteh. Ini adalah pandangan beliau. Aku tidak ada masalah tentang itu.   Aku terangkan kepada brother ini, aku rasa bertanggungjawab dan perlu menulis isu, perkara atau subjek tersebut untuk menambah pengetahuan ilmu dan informasi kepada penggiat, pembikin, peminat dan paling penting pelajar-pelajar filem kita.    Tulisan aku mengenai idea dan gagasan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dan Mansor Puteh adalah sebahagian daripada sejarah perkembangan filem Melayu khasnya dan filem Malaysia umumnya. Beliau meminta aku jangan lupa terus menulis tentang hal-hal berkaitan filem dan dunia hiburan Melayu ...