Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Adaptasi novel: Pengarah filem tak boleh ikut suka

AHLI-AHLI teori filem berdebat bahawa pengarah tidak harus sepenuhnya terikat dengan sumber cerita dalam mengadaptasikan novel ke filem. Pertama, sesebuah novel adalah sebuah novel, sebuah filem adalah sebuah filem. Kedua, kerja seni ini mesti dilihat sebagai entiti berasingan yang berdiri sendiri. Kedua-dua penghasilan seni ini mesti wujud dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ada tertib serta susun atur serta cara berasingan untuk melahirkan dan menghasilkan karya seninya. Kesukaran memahami ciri-ciri inilah menimbulkan suasana salah faham dan kekeliruan tentang konsep ‘kesetiaan’ kepada karya asal dalam membuat adaptasi sesebuah novel ke filem. Keadaan ini sering melibatkan penulis novel dan pembikin filem tempatan. Kekeliruan ini juga turut berjangkit kepada penonton. Menurut Louis Giannetti, penulis buku Understanding Movies menghuraikan tiga peringkat perbezaan terhadap konsep ‘kesetiaan’ dalam penggunaan bahan-bahan daripada karya asal iaitu — penggunaan secara longgar, se...

P Ramlee tak kesampaian arah filem adaptasi

MINGGU ini aku ingin mengajak pembaca berkongsi maklumat dan informasi tentang sejarah adaptasi novel ke filem di peringkat dunia. Filem-filem adaptasi dari Hollywood dan lain-lain sinema luar. Tujuan aku ialah untuk memberi kefahaman dan menambah pengetahuan tentang apa itu adaptasi novel ke filem. Bukan untuk berlagak ‘poyo’ tetapi lebih bertujuan berkongsi informasi dan ilmu tentang  pengadaptasian novel ke filem tempatan dengan adaptasi dilakukan oleh penggiat dan pembikin filem di peringkat dunia, terutamanya Hollywood. Di Hollywood, sejak 1927-8 bila Academy Award atau Anugerah Akademi dimulakan, 85 peratus pemenang oskar Anugerah Filem Terbaik adalah berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel. Adaptasi Sherlock Holmes mula dibuat pada tahun 1916 oleh William Gillette. Terdapat lebih 200 versi filem dan siri televisyen diadaptasi daripada novel Sherlock Holmes karya Sir Arthur Conan Doyle  sejak dari era silent movie - filem bisu sehingga sekarang. Paling ...

Adaptasi filem untuk nutrisi minda

AKU menyarankan supaya kita semua menambah pengetahuan dan informasi tentang dunia perfileman, sama ada tempatan mahupun sinema dunia lewat tulisan aku minggu lalu. Saranan ini aku tujukan kepada diri aku, penonton, peminat, penyokong, penggiat dan pembikin filem kita tanpa mengira generasi baharu atau lama. Jangan salahkan aku jika beranggapan masih ramai di antara kita kurang peka tentang perkembangan  perfileman. Bayangkan kami di Layar Sunan belum mengumumkan siapa pelakon bakal memerankan watak Ejim aka Tombiruo tetapi dengan kehadiran M Nasir di sidang media pra pelancaran filem Tombiruo telah menimbulkan polemik, terutamanya dalam kalangan peminat Ramlee Awang Murshid. Kehadiran beliau hanya untuk memberi sokongan kepada aku seperti dinyatakannya bila ditanya oleh wartawan.   Itu baharu bab pelakon. Aku belum lagi sentuh olahan cerita bakal diadaptasikan daripada novel Tombiruo dalam kolum ini. Aku bertanya kepada diri sendiri kenapa terjadi polemik ini dan a...

Tombiruo dan Rajinikanth: Apa bezanya?

MINGGU lalu aku menyentuh tentang maklum balas daripada peminat novel-novel karya Ramlee Awang Murshid melalui alam siber mengenai pemilihan pelakon bakal memeran watak Ejim aka Tombiruo. Berbagai pandangan dan luahan rasa hati dizahirkan. Menariknya, ramai membuat andaian M Nasir bakal membawa watak Ejim. Nampak gaya masih ada yang tidak membaca sepenuhnya artikel itu. Macam mana ni? Sepatutnya kaki baca novel mestilah rajin membaca! Aku dapati banyak komen di Instagram, Twitter, dan juga Facebook Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC). Ada ketikanya aku senyum sendiri bila membaca komen-komen dalam RAMFC. Ada peminat mahu mengajak kaum keluarganya termasuk dirinya memboikot filem Tombiruo jika M Nasir memerankan watak Ejim aka Tombiruo. Alasan peminat itu kerana M Nasir sudah berusia hampir 60 tahun dan tidak sesuai untuk watak lasak. Ada juga peminat Ramlee menyatakan jika M Nasir dipilih, akan timbul masalah kerana beliau  tidak fasih berbahasa dialek Kadazan Dusun. Ra...