Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Mereka yang bertahan dalam lingkaran maut

STUDIO Malay Film Productions (MFP), Jalan Ampas, Singapura ditutup secara rasminya pada 30 November 1967. Mula beroperasi sejak 1947 selepas Perang Dunia Kedua dengan filem sulung mereka berjudul Singapura Di Waktu Malam arahan B.S. Rajhans. Filem ini dibintangi barisan pelakon Siput Sarawak, Bachtiar Effendy dan Jaafar Wiryo. Filem terakhir diproduksikan oleh MFP berjudul Raja Bersiong dalam warna Eastmancolor dan cinemascope arahan Jamil Sulong berdasar skrip karya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Selepas penutupan studio MFP, antara tahun 1968 hingga tahun 1973 penghasilan filem-filem Melayu masih terus diusahakan oleh syarikat Cathay Keris juga berpusat di Singapura. Di antara filem-filem terbitan Cathay Keris ialah filem-filem siri ‘Mat’ arahan Mat Sentol seperti Mat Bond, Mat Raja Kapor (1967), Mat Lanun (1968), Mat Toyol (1969), Mat Karong Guni (1970), Mat Magic (1971) dan Darakula (1973). Mat Sentol merupakan pengarah y...

Perkenalan pertama dengan filem dokumentari

MENJELANG penghujung tahun 60-an satu fenomena muzik dan gaya hidup baharu melanda anak-anak muda seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Pengaruh muzik psychedelic yang berakar umbi genre blues dan rock n roll melalui counter culture dikenali sebagai budaya Woodstock. Budaya popular Woodstock ini diasosiasikan dengan fahaman dan gaya hidup hippies - make love not war. Fahaman dan pegangan hidup protes dan anti perang. Generasi muda Amerika lahir selepas perang dunia kedua inilah yang meraikan cinta, kasih dan sayang sesama manusia. Cara dan fahaman hidup hippies ini bermula dan berkembang dari Amerika Syarikat. Anak-anak muda penganut fahaman hippies dari kelompok counter culture ini memprotes tindakan kerajaan Amerika memaksa anak-anak muda didaftarkan untuk menjadi soldadu dan dihantar ke Vietnam untuk berperang. Lambang protes mereka ialah dengan imej rambut panjang, seluar jeans bell bottom, memakai rantai dengan baju T bercorak tie and dye. Protes mereka ini disuar...

The Beatles pencetus budaya pop dalam filem

SEJAK dua minggu lalu, aku menulis tentang muzik pop yeh yeh yang popular tahun 60-an. Muzik ini bukan setakat popular melalui ruang udara (radio) tetapi popularitinya telah diangkat melalui filem -filem Melayu tempatan. Bermula di Barat terutamanya di Britain, satu ledakan pop culture atau budaya popular – budaya pop dalam muzik bentuk baharu melanda dunia hiburan seni muzik dan filem dunia. Tempias dari ledakan ini telah aku ceritakan sejak dua minggu lalu. Pengaruh dari The Beatles inilah yang melahirkan muzik pop yeh yeh di negara kita berpusat di Singapura ketika itu. Apa akan aku tulis minggu ini adalah kaitan muzik dengan filem. Dua elemen hiburan dan seni yang saling melengkapi antara satu dengan lain. Baik filem-filem Barat mahupun Melayu tempatan. Tetapi sebelum mulakan, aku hendak ceritakan tentang pertemuan aku dengan kenalan lama seorang pesara kerajaan yang baharu tiga tahun pencen. Menurutnya, dia mengikuti kolum aku sejak dari tulisan pertama hinggalah ke mi...

A Go Go 67 tanpa M Osman, A Ramlie & Jefrydin?

FILEM A Go Go 67 (1967) arahan Omar Rojik, terbitan Shaws Malay Film Productions, Singapura. Setahu aku sepanjang sejarah perfileman Melayu, filem ini merupakan genre muzikal pertama dihasilkan sejak filem Melayu pertama, Laila Majnun arahan BS Rajhan diterbitkan oleh SM Chisty di Singapura pada 1934. Genre muzik pop yeh yeh bermula pada 1965 mencapai kemuncaknya dengan terhasilnya filem A Go Go 67. Filem ini merupakan pelengkap kepada satu evolusi muzik terkini ketika itu. Walaupun sebelum ini filem Muda-Mudi (1965) arahan M Amin ada menampilkan kugiran The Pretenders tetapi lebih sebagai artis undangan sahaja. Aku menonton A Go Go 67 di panggung Lido, Melaka (sekarang sudah diubahsuai menjadi pasar raya) selepas lebih kurang sebulan tayangan first runnya pada umum. Selalunya, filem-filem Melayu keluaran Shaws Malay Film Productions akan ditayangkan di Melaka selepas tayangan first run di bandar-bandar utama seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, ...