Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Dari komedi ke drama aksi

SETELAH selesai melunaskan tanggungjawab penolong pengarah dan pengarah seni untuk penggambaran filem Mekanik arahan Othman Hafsham, aku mendapat tawaran untuk tugas yang sama dari sebuah syarikat produksi baharu – ZSA Film Productions. ZSA Film Productions diterajui oleh seorang produser muda bernama Zarul Hisham Al Bakri. Merupakan produser termuda tanah air berusia lewat 20-an ketika itu. Syarikat baharu ini menawarkan aku tugas penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali. Beliau akan mengarahkan filem sulung terbitan syarikat Zarul ini, bergenre action drama berjudul Matinya Seorang Patriot. Produksi dan penggambaran filem Matinya Seorang Patriot dimulakan pada pertengahan tahun 1983. Filem ini merupakan yang ketiga arahan Rahim Razali selepas filem-filem Abang (1981) dan Pemburu (1982). Aku dapati ada beberapa first atau ‘pertama kali’ dalam produksi ketiga beliau ini. First yang pertama ialah filem Matinya Seorang Patriot merupakan pertama kali R...

Roh filem: Satu pencarian

MINGGU  ini aku bercadang untuk menulis tentang penglibatan aku sebagai penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali (Datuk) untuk produksi filem ketiganya, Matinya Seorang Patriot (1984) terbitan ZSA Film Productions. Apabila aku melayari internet dan meng‘google’ bahan-bahan cerita terbaru dan terkini tentang Rahim Razali sebelum memulakan tulisan, aku bertemu dengan satu artikel sebuah akhbar tahun 2007 – satu temu bual akhbar itu dengan Rahim Razali. Penemuan ini membuat aku menangguhkan dahulu hasrat awal untuk menulis pengalaman bekerja dengan beliau sehingga minggu depan, insyaALLAH. Temu bual itu mengingatkan aku tentang tulisan aku pada minggu lalu. Sebelum aku pergi lebih lanjut lagi, aku ingin mengimbas kembali apa aku tuliskan minggu lalu. Dalam tulisan itu aku menyatakan - seseorang pengarah itu perlukan ada kefahaman mendalam tentang kehidupan, sejarah dan budaya masyarakat dan bangsa, di mana beliau juga adalah salah seorang anggota masya...

Filem mesti ada kenyataan

SELEPAS  hampir 30 tahun filem Mekanik dihasilkan dan ditayangkan, aku rasa masih banyak perkara dan pengalaman boleh aku kongsi dengan penonton, peminat, penggiat dan pelajar filem generasi sekarang. Aku ingin menceritakan manfaat daripada pengalaman bekerja dan berkolaborasi dengan Hafsham untuk menghasilkan filem Mekaniknya pada 1983. Salah satu perkara penting aku belajar daripada Hafsham ialah tentang pengurusan masa dalam mengendalikan penggambaran sesebuah filem. Aku dapati Hafsham seorang pengarah yang paling mementingkan ketepatan masa. Kata-kata Hafsham yang Insya-ALLAH tidak aku lupa sehingga bila-bila ialah: “Shooting filem ni macam kita naik teksi, pastikan destinasi kita sebelum naik teksi jadi kita tidak sesat, tak buang duit dan masa kerana meter teksi akan terus bergerak!” Pengajaran aku dapat dan fahami ialah tanpa persediaan teliti dan selengkap mungkin sebelum memulakan penggambaran akan mengakibatkan peningkatan kos produksi. Setiap detik d...

Siapa di sebalik filem Mekanik

KETIKA  Hafsham membuat keputusan muktamad untuk mengambil Azmil Mustapha menggantikan Dharma Harun sebagai hero filem Mekanik, waktu pejabat sudah berakhir. Keesokan harinya, seawal pagi aku berusaha menghubungi syarikat Showmaster untuk mendapatkan Azmil. Pihak Showmaster tidak tahu bila beliau akan hadir ke pejabat. Azmil merupakan freelancer dengan syarikat Ali Bakar itu. Ketika itu belum ada kemudahan telefon bimbit atau smartfon. Aku tinggalkan pesan supaya Azmil menghubungi kami di studio Perfima secepat mungkin. Memandangkan masa makin suntuk dan aku khuatir Azmil tidak masuk pejabat hari itu, aku hubungi semula pejabat Showmaster untuk mendapatkan alamat kediaman beliau. Aku masih ingat hari itu adalah hari Jumaat. Sebaik sahaja aku mendapat alamat kediamannya, aku bergegas ke rumahnya yang terletak di Bangsar. Aku mengejar waktu. Aku berharap dapat menemui beliau untuk mengatur sesi pertemuan dengan Hafsham selepas solat Jumaat nanti. Aku berjaya menemui rum...

Bagaimana aku temui Azmil Mustapha

SELEPAS  30 tahun berlalu, semua sudah tahu pengganti Dharma Harun al-Rashid untuk watak hero filem Mekanik ialah Azmil Mustapha. Satu Malaysia khususnya peminat dan penonton filem Melayu dan bangsa Melayu amnya tahu apa yang tercetus daripada kemunculan sulung Azmil melalui filem Mekanik. Azmil seterusnya mencipta fenomena melalui filem-filem siri Ali Setan dengan penampilannya dalam Ali Setan (1985) arahan Jins Shamsudin, Ali Setan 2 (1986) arahan Yasin Salleh. Tetapi, siapa dia Azmil sebelum dia menjadi hero? Bagaimana dan di mana aku menemuinya? Sebelum meneruskan, izinkan aku ceritakan sedikit lagi senario industri filem Malaysia ketika itu.       Aku juga mahu ceritakan pengalaman aku bertugas sebagai penolong pengarah berhadapan dengan kerenah, sikap dan masalah pelakon ketika segala kemudahan untuk memproduksikan sesebuah filem amat terbatas dibandingkan dengan sekarang. Pada awal 80-an ramai beranggapan kegiatan menerbitkan filem Melayu...