Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Cukup hanya pecah panggung atau...

ANTARA 1974 sehingga 1980, Merdeka Film Productions mula mengorak langkah baru dengan memproduksikan filem-filem berwarna dengan tujuan menarik sambutan penonton filem Melayu semula ke panggung. Dalam masa sama syarikat-syarikat filem independent atau syarikat persendirian bebas diasaskan oleh usahawan-usahawan Melayu mula ditubuhkan dan berkembang di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur. Di antara syarikat atau rumah produksi – production house mula aktif ketika itu terdiri daripada Jins Shamsuddin dgn PERFIMA – Perusahaan Filem Malaysia Sdn Bhd dan kemudian Jins Shamsuddin Filem Productions. Diikuti oleh Deddy M Borhan, seorang usahawan muda berasal dari Sabah mewujudkan Sabah Filem Productions. Syarikat Indra Filem Productions diasaskan oleh dua beradik, Zain dan Zahran sementara Syed Kechik Film Productions diasaskan oleh Datuk Syed Kechik. Di samping itu tumbuh juga syarikat-syarikat produksi berskala kecil dan sederhana di antaranya – Anang Enterprise, Bintang Maju Produksi...

Filem 70-an berwarna tanpa makna

SELAMA  tiga minggu berturut-turut aku menulis tentang Seniman Agung P Ramlee. Aku terasa seperti kering idea pula. Aku minta pandangan daripada anak bujangku apa patut aku tulis untuk kolum minggu ini. Dia menyarankan supaya aku tulis tentang muzik yang popular pada tahun-tahun 70-an. Anak bujang aku berusia 23 tahun. Dia membesar dengan muzik rock barat dan tempatan seperti Search, Wings dan grup-grup yang sewaktu dengan mereka. Tidak ketinggalan muzik dari grup-grup indie 90-an dan tahun 2000 hingga sekarang. Menarik juga cadangannya itu. Tapi aku rasa aku akan tulis tentang muzik 70-an di kesempatan lain, insya-ALLAH. Muzik dan lagu-lagu Melayu era 70-an kebanyakannya saduran lagu-lagu barat baik, melodi mahupun liriknya yang dialih bahasa dari Inggeris ke Melayu. Buat masa ini aku masih dalam mood lebih selesa ‘melayan’ dan menulis tentang filem-filem Melayu di tahun-tahun 70-an, terutamanya selepas meninggalnya P Ramlee pada 1973. Setahun selepas kepergian P Raml...

P Ramlee: Iktibar dari satu trilogi

TRILOGY  atau trilogi adalah satu terma dalam bidang pembikinan filem bermaksud satu susunan tiga filem yang berkaitan antara satu dengan lain. Trilogi boleh juga digunakan untuk mendiskripsikan tiga susunan karya hasil penulisan daripada seseorang penulis. Sejak dua minggu lepas aku menulis tentang P Ramlee. Jadi minggu ini aku hendak melengkapkan penulisan tentang P Ramlee sehingga menjadi satu trilogi. P Ramlee merupakan pengarah filem Melayu pertama menghasilkan filem berbentuk trilogi. Trilogi Bujang Lapok – bermula dengan Bujang Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959) dan Seniman Bujang Lapok (1961). Semasa di Merdeka Studio, Ulu Kelang, P Ramlee telah mengarah trilogi Do Re Mi – bermula dengan Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966) dan Laksamana Do Re Mi (1972) yang merupakan filem terakhirnya. Setakat ini selepas P Ramlee, pengarah Jins Shamsuddin pernah menghasilkan trilogi esoknya – Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagi Mu (1978) dan Esok Masih Ada (1979)....

P Ramlee cuma ada cinemascope...

MINGGU  lalu aku tulis tentang zaman kegemilangan dan kejatuhan P Ramlee berdasar pemerhatian dan melalui pengalaman aku sendiri. Aku tidak merujuk kepada mana-mana bahan arkib dan kajian ilmiah. Aku menulis berdasarkan naluri dan apa yang aku pernah tahu melalui imbas kembali, flashback pengalaman aku membesar di penghujung zaman kemuncak kegemilangan dan awal kejatuhan P Ramlee. Aku lalui satu pengalaman first hand. Jangan pula ada yang menyangka aku ada secara fizikal bersama P Ramlee ketika itu. Maksud aku ialah apa berlaku dan dilalui oleh P Ramlee ketika itu aku ketahui melalui media massa. Aku berkesempatan membaca tulisan-tulisan yang disiarkan melalui akhbar dan majalah memuji kehebatan filem-filemnya di zaman kegemilangannya. Aku sempat mengikuti ulasan dan tulisan yang mengkritik filem-filem arahan P Ramlee di zaman kejatuhannya. Aku juga berpeluang mendengar serta mengutip perbualan mereka yang lebih senior terutamanya peminat-peminat setianya berpangkat ab...

P Ramlee: Bukan perjuangan belum selesai tapi...

TIGA hari lalu bersamaan dengan 29 Mei 2014, genaplah 41 tahun legenda bangsa Melayu dan Malaysia umumnya, P Ramlee meninggalkan kita. P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di Kuala Lumpur ketika berusia baharu 44 tahun. Minggu ini aku rasa terpanggil untuk menulis tentang Seniman Agung ini sempena kita mengingati 41 tahun pemergian Allahyarham menghadap Yang Maha Esa. Terlebih dahulu aku ingin menyatakan tulisan aku mengenai tokoh legenda besar ini bukan daripada kaca mata seorang ahli akademik, pengkaji sejarah, seorang ahli politik dan bukan juga daripada pandangan seorang pengagum dan peminat fanatik beliau. Tulisan aku ini adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku dari zaman kanak-kanak sehingga aku memasuki alam remaja dan membesar ke alam dewasa. Aku dikelilingi dengan aura P Ramlee melalui lagu-lagunya dan filem-filemnya. Aku berusia 19 tahun dan berada di t...