Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Uwei Hj Shaari

Ke Cannes, apa pilihan kita?

UNTUK pertama kalinya, minggu lalu aku gagal melunasi rutin mingguanku menulis untuk kolum Lantera. Aku dihambat oleh kesibukan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maaf kepada pembaca setia kolumku ini. Sepanjang minggu lalu dan sebelumnya aku terbaca berita tentang beberapa filem kita dipilih untuk tayangan di Cannes Film Festival 2016. Festival berprestij dan tersohor dunia ini berlangsung daripada 11 sehingga hari ini, 22 Mei, 2016. Cannes Film Festival yang berlangsung di bandar peranginan laut di Cannes, Perancis ini punya sejarah panjang. Bermula pada 1947 dengan penyertaan dari 16 negara. Tahun ini festival sudah berusia 69 tahun. Dari mula aku berkecimpung dalam bidang perfileman sejak tiga dekad lalu, aku lihat peluang penyertaan di Cannes Film Festival menjadi cita-cita serta impian hampir semua pengarah dan pembikin filem tanah air dan rantau ini. Bahkan ia impian hampir semua pengarah dan pembikin filem seantero dunia. Mereka mengimpikan peluang filem-filem ar...

Seorang pemuda bernama Awang

KETIKA aku menunggu bas untuk balik ke Melaka di TBS – Terminal Bersepadu Selatan pada senja Isnin lalu, aku ditegur oleh seorang anak muda berusia lewat 30-an. Anak muda ini bertanya aku tentang filem Tombiruo. Dah habis shooting ke? Bila nak tayang? Siapa memegang watak Tombiruo? Biarlah aku panggil pemuda ini – Awang. Dia sungguh teruja dapat bertemu dengan aku senja itu. Dia baharu tiba dari Singapura atas urusan kerja dan perniagaan.  Aku beritahu Awang, aku ke Kuala Lumpur hari itu kerana menghadiri mesyuarat dan perbincangan mengenai produksi Tombiruo yang bakal kami mulakan penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, insya-ALLAH. Menurut Awang, dia juga peminat novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Awang mengikuti perkembangan pembikinan filem Tombiruo dan tidak pernah tinggal membaca kolum Lantera aku setiap Ahad. Sementara menunggu bas bakal aku naiki bertolak pukul 9 malam, kami sempat bersembang-sembang santai mengenai perfileman tempatan. Nampak ga...

Adaptasi filem untuk nutrisi minda

AKU menyarankan supaya kita semua menambah pengetahuan dan informasi tentang dunia perfileman, sama ada tempatan mahupun sinema dunia lewat tulisan aku minggu lalu. Saranan ini aku tujukan kepada diri aku, penonton, peminat, penyokong, penggiat dan pembikin filem kita tanpa mengira generasi baharu atau lama. Jangan salahkan aku jika beranggapan masih ramai di antara kita kurang peka tentang perkembangan  perfileman. Bayangkan kami di Layar Sunan belum mengumumkan siapa pelakon bakal memerankan watak Ejim aka Tombiruo tetapi dengan kehadiran M Nasir di sidang media pra pelancaran filem Tombiruo telah menimbulkan polemik, terutamanya dalam kalangan peminat Ramlee Awang Murshid. Kehadiran beliau hanya untuk memberi sokongan kepada aku seperti dinyatakannya bila ditanya oleh wartawan.   Itu baharu bab pelakon. Aku belum lagi sentuh olahan cerita bakal diadaptasikan daripada novel Tombiruo dalam kolum ini. Aku bertanya kepada diri sendiri kenapa terjadi polemik ini dan a...