MINGGU ini aku masih mahu berceritakan tentang filem Abang dan pengarah filem bernama Rahim Razali. Di Festival Filem Malaysia ke-2 (1982), melalui filem Abang, arahan sulungnya Rahim Razali berjaya memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik, skrip terbaik dan anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik yang dimenangi oleh Ahmad Yatim. Walaupun filem Abang berjaya memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke 2 dan merupakan filem yang membawa pembaharuan namun filem Abang gagal dari segi kutipan pecah panggung. Pada pendapat aku pembaharuan yang cuba dibawa oleh Rahim masih belum dapat diterima oleh lingkungan penonton yang lebih besar jumlahnya. Di mana-mana sahaja di dunia ini, industri perfileman pasti memerlukan dua golongan penting manusia yang memastikan industri ini bergerak. Golongan penonton dan golongan pembikin filem. Dalam golongan penonton filem Melayu terbahagi pula kepada dua kelompok. Satu kelompok penonton yang mahukan filem-fil...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.