PERUBAHAN dibawa oleh Rahim Razali lewat filem-filemnya – Abang (1981), Pemburu (1982), Matinya Seorang Patriot (1984) dan Tsu-Feh Sofia (1985) tidak berjaya menghasilkan kesan perubahan yang diharapkan oleh kami daripada pembikin dan peminat filem golongan muda ketika itu. Aku lihat sebahagian besar golongan penonton filem-filem Melayu masih liat lagi untuk menerima perubahan ini. Aku ingin menekankan di sini, perubahan yang aku maksudkan sepanjang tiga minggu lalu aku menulis tentang gelombang baharu cinema panggung Melayu dan sumbangan pengarah Rahim Razali dalam mencetuskan the Malaysian new wave cinema ialah dari aspek tema, isu dan inti pati paling penting sesebuah filem iaitu cerita. Apa cerita mahu disampaikan? Aku bukan menekankan isu teknik persembahan visual dan persalinan kulit filem-filem Melayu dari hitam putih kepada warna. Dari segi teknikal filem-filem Melayu ketika itu sudah ada peningkatan yang meyakinkan. Elemen tema, isu dan cerita yang d...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.