Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maria

KSJ, siapa bakal produsernya?

SELEPAS pertemuan pada petang 1 Jun 1984 bersamaan 2 Ramadan 1404 itu, aku seperti tidak percaya M Nasir mahu aku terlibat dalam projek filemnya. Aku dipertanggungjawabkan menulis lakon layar dan seterusnya mengarah filem pertama lakonan M Nasir. Sejujurnya aku masih sukar untuk percaya telah bertemu dengan M Nasir beberapa jam sebelum ini. Bukan kerana rasa kagum terhadap seorang penyanyi popular sudi datang ke rumahku tetapi lebih kepada tawaran beliau kemukakan kepadaku – mengarah filem berjudul Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Biar betul? Aku seperti tidak percaya aku ditawarkan peluang mengarah filem pertamaku. Filem ini juga mencatatkan sejarah kemunculan pertama M Nasir dalam filem. Macam-macam fikiran, soal jawab bermain di mindaku sambil menunggu waktu berbuka senja itu. Apakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab seorang pengarah filem? Ini bukan projek bernilai seribu atau dua tiga ribu ringgit. Kos untuk menghasilkan sesebuah filem era 80-a...

Filem Selubung tanpa CGI

AKU  pernah menjadi penolong pengarah dan pengarah seni kepada Shuhaimi Baba semasa beliau mengarahkan telefilem pertama TV3 yang baharu mula beroperasi ketika itu. Telefilem berjudul Maria diproduksikan pada 1984 dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon Mustapha Nor (Allahyarham), Fatimah Abu Bakar, Kee Thuan Chai dan dibantu oleh peserta-peserta bengkel lakonan anjuran Finas di bawah kelolaannya. Aku mendapat peluang sekali lagi berkolaborasi dengan Shuhaimi pada 1990. Kali ini aku juga menggalas tugas penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung Shuhaimi berjudul Selubung sesudah berjaya mengarah dua filem, Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana, Cinta 87 (1987). Kelihatan seperti aku ‘turun pangkat’. Kenapa aku terima tawaran penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung beliau? Aku sanggup menerima tawarannya atas rasa hormat dan menghargai sumbangan serta jasanya membantu perjalanan kerjaya seni dan filem. Aku mengenali beliau pada pertengahan 7...

Camaraderie penggiat sinema baharu Malaysia

SATU  lagi nama besar dalam industri perfileman tanah air pernah aku berkolaborasi sebagai penolong pengarah dan pengarah seni ialah pengarah filem tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Merupakan satu-satunya pengarah wanita negara paling menonjol dan produktif menghasilkan filem-filem membawa tema lain dari kebiasaan filem-filem arus perdana tempatan. Filem-filem arahannya yang melekat di hati penonton tempatan sehingga kini bermula dengan filem arahan sulungnya pada 1992 berjudul Selubung, diikuti dengan filem-filem Ringgit Kasorrga (1995), Layar Lara (1997), Mimpi Moon (2000), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005), Waris Jari Hantu (2007), 1957: Hati Malaya (2007) dan paling terkini Tanda Putera (2013) yang mencetuskan kontroversi serta hangat diperkatakan oleh masyarakat awam dan juga orang politik. Aku menjadi penolong pengarah dan pengarah seni beliau untuk telefilem pertama TV3 berjudul Maria diproduksikan pada 1984. Ketika ...

3 dekad karyawan 'rebel'

PERTAMANYA aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan sidang pengarang Sinar Harian kerana memberi aku peluang dan ruang untuk menulis dalam kolum/ruangan pojok Zass ini. Terima kasih banyak. Selepas temu ramah melalui telefon mengenai perkembangan terkini aku dalam bidang seni terutamanya dalam pengarahan filem tersiar dalam keluaran Sinar Harian bertarikh 10 Februari 2014, aku seperti dikejutkan dari tidur yang panjang. Tanpa aku sedari sudah hampir tiga dekad aku mengharungi dunia seni tanah air dalam kapasiti seorang karyawan filem – seorang pengarah filem dan seorang ‘film maker’. Kepada pembaca yang berumur bawah 40 tahun, mungkin ramai tidak mengenali siapa aku dan filem-filem serta kerjakerja seni yang pernah aku hasilkan. Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas rasanya akan tahu dan sekurangkurangnya pernah mendengar kalau tidak berkesempatan menonton filem-filem yang pernah aku arahkan. Aku pasti ramai diantara golon...