Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ZSA Film Productions

KSJ, siapa bakal produsernya?

SELEPAS pertemuan pada petang 1 Jun 1984 bersamaan 2 Ramadan 1404 itu, aku seperti tidak percaya M Nasir mahu aku terlibat dalam projek filemnya. Aku dipertanggungjawabkan menulis lakon layar dan seterusnya mengarah filem pertama lakonan M Nasir. Sejujurnya aku masih sukar untuk percaya telah bertemu dengan M Nasir beberapa jam sebelum ini. Bukan kerana rasa kagum terhadap seorang penyanyi popular sudi datang ke rumahku tetapi lebih kepada tawaran beliau kemukakan kepadaku – mengarah filem berjudul Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Biar betul? Aku seperti tidak percaya aku ditawarkan peluang mengarah filem pertamaku. Filem ini juga mencatatkan sejarah kemunculan pertama M Nasir dalam filem. Macam-macam fikiran, soal jawab bermain di mindaku sambil menunggu waktu berbuka senja itu. Apakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab seorang pengarah filem? Ini bukan projek bernilai seribu atau dua tiga ribu ringgit. Kos untuk menghasilkan sesebuah filem era 80-a...

Dari komedi ke drama aksi

SETELAH selesai melunaskan tanggungjawab penolong pengarah dan pengarah seni untuk penggambaran filem Mekanik arahan Othman Hafsham, aku mendapat tawaran untuk tugas yang sama dari sebuah syarikat produksi baharu – ZSA Film Productions. ZSA Film Productions diterajui oleh seorang produser muda bernama Zarul Hisham Al Bakri. Merupakan produser termuda tanah air berusia lewat 20-an ketika itu. Syarikat baharu ini menawarkan aku tugas penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali. Beliau akan mengarahkan filem sulung terbitan syarikat Zarul ini, bergenre action drama berjudul Matinya Seorang Patriot. Produksi dan penggambaran filem Matinya Seorang Patriot dimulakan pada pertengahan tahun 1983. Filem ini merupakan yang ketiga arahan Rahim Razali selepas filem-filem Abang (1981) dan Pemburu (1982). Aku dapati ada beberapa first atau ‘pertama kali’ dalam produksi ketiga beliau ini. First yang pertama ialah filem Matinya Seorang Patriot merupakan pertama kali R...

Roh filem: Satu pencarian

MINGGU  ini aku bercadang untuk menulis tentang penglibatan aku sebagai penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali (Datuk) untuk produksi filem ketiganya, Matinya Seorang Patriot (1984) terbitan ZSA Film Productions. Apabila aku melayari internet dan meng‘google’ bahan-bahan cerita terbaru dan terkini tentang Rahim Razali sebelum memulakan tulisan, aku bertemu dengan satu artikel sebuah akhbar tahun 2007 – satu temu bual akhbar itu dengan Rahim Razali. Penemuan ini membuat aku menangguhkan dahulu hasrat awal untuk menulis pengalaman bekerja dengan beliau sehingga minggu depan, insyaALLAH. Temu bual itu mengingatkan aku tentang tulisan aku pada minggu lalu. Sebelum aku pergi lebih lanjut lagi, aku ingin mengimbas kembali apa aku tuliskan minggu lalu. Dalam tulisan itu aku menyatakan - seseorang pengarah itu perlukan ada kefahaman mendalam tentang kehidupan, sejarah dan budaya masyarakat dan bangsa, di mana beliau juga adalah salah seorang anggota masya...