SATU lagi nama besar dalam industri perfileman tanah air pernah aku berkolaborasi sebagai penolong pengarah dan pengarah seni ialah pengarah filem tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Merupakan satu-satunya pengarah wanita negara paling menonjol dan produktif menghasilkan filem-filem membawa tema lain dari kebiasaan filem-filem arus perdana tempatan. Filem-filem arahannya yang melekat di hati penonton tempatan sehingga kini bermula dengan filem arahan sulungnya pada 1992 berjudul Selubung, diikuti dengan filem-filem Ringgit Kasorrga (1995), Layar Lara (1997), Mimpi Moon (2000), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005), Waris Jari Hantu (2007), 1957: Hati Malaya (2007) dan paling terkini Tanda Putera (2013) yang mencetuskan kontroversi serta hangat diperkatakan oleh masyarakat awam dan juga orang politik. Aku menjadi penolong pengarah dan pengarah seni beliau untuk telefilem pertama TV3 berjudul Maria diproduksikan pada 1984. Ketika ...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.