Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Esentrik

Al Fateh dan Fitzcarraldo ada persamaan?

SEDAYA upaya aku berusaha elakkan hutang dan berhutang dalam hidupku ini. Tidak kiralah berhutang duit atau hutang janji. Kenapa tiba-tiba minggu ini aku mulakan nukilanku dengan isu hutang? Sebenarnya, baru-baru ini aku terbaca respons daripada pembaca kolum ini menyatakan aku mungkir janji. Menurut pembaca tersebut aku sepatutnya menyambung pengisahan tentang pengarah esentrik Jerman, Werner Herzog pada 13 Disember 2015. Sebaliknya aku menulis tentang kisah bangsawan tanpa tajuk. Diikuti beberapa minggu seterusnya dengan tulisan mengenai isu-isu lain. Sepatutnya aku menyambung menulis bagaimana Herzog mengarah filem Fitzcarraldo yang memenangkan beliau Anugerah Pengarah Terbaik di Cannes Film Festival ke-35, 1982. Aku tidak menafikan kegagalan aku meneruskan pengisahan tentang Herzog dan penggambaran filem Fitzcarraldo. Aku minta maaf kepada pembaca-pembaca yang menunggu sambungan kisah pengarah tersohor dengan kegilaan esentrik kesenimanannya. Ini berlaku kerana hal-hal...

Werner Herzog pengarah filem paling penting

SEBELUM aku menulis tentang keesentrikan pengarah filem Werner Herzog seperti aku janjikan minggu lalu, aku ingin mengimbas kembali untuk merumuskan pandangan dan pendapat si film buff yang menghubungi aku memperkatakan tentang perangai esentrik pengarah-pengarah filem dunia. Menurut si film buff aka peminat filem tegar ini, aku perlu berlaku adil kepada pembikin dan pelajar filem generasi muda kita dalam menyalurkan informasi berkaitan pengarah dan industri filem dunia. Teguran dan ingatan beliau menghantui aku sepanjang dua minggu ini. Selepas tersiar artikel minggu lalu aku ada juga menerima pandangan seorang pelajar filem lewat SMS bertanya apakah perlu mereka mengetahui sejarah keesentrikan kegilaan kesenimanan pengarah-pengarah tersohor dunia ini? Reaksi pelajar ini juga menghantui pemikiran aku sepanjang minggu ini. Kenapa aku merasakan begitu? Aku merasakan kedua pandangan ini melahirkan satu pertentangan mind set atau jalur pemikiran yang perlu diberi perhatian. Secar...

Esentrik hingusan seorang pengarah filem

AKU  bercadang menulis tajuk baharu selepas empat minggu menulis mengenai perangai dan sikap esentrik seorang pengarah filem muda Rusia, Illya Khrzhanovsky. Esentrisiti atau sikap dan perangai kegilaan seseorang pengarah filem seolah-olah satu kemestian untuk memberi kelainan dan imej tersendiri seorang pengarah filem. Konsep atau pandangan ini sememangnya sentiasa ada dalam industri filem di mana sahaja di dunia ini sejak dahulu. Lanjutan daripada artikel-artikel itu, aku menerima berbagai respons daripada pelajar-pelajar filem dan peminat-peminat filem. Paling menarik perhatian aku ialah respons seorang yang menganggap dirinya seorang film buff atau peminat tegar filem. Seorang film buff selalu dan pastinya merupakan peminat filem yang luas serta dalam pengetahuan tentang perkembangan filem terkini dan sejarah filem dunia. Seseorang film bluff tidak semestinya individu terlibat secara langsung dalam bidang filem. Sesiapa sahaja yang punya minat mendalam tentang filem da...

DAU, ketelitian kurang siuman?

APA terjadi dalam set dipanggil ‘The Institute’ atau Institut? Set penggambaran dibina khas untuk filem Dau arahan Illya Khrzhanovsky, pengarah muda Rusia yang esentrik dan dianggap ‘gila’ oleh media Rusia dan dunia. Set Institut ini dibina oleh Khrzhanovsky di bandar Kharkiv di timur laut Ukraine. Ia adalah set filem terbesar pernah dibina di Eropah. Ia merangkumi keluasan kawasan berjumlah 12,000 meter persegi dengan pembinaan semula bangunan dan kawasan larangan secara besar-besaran untuk menggambarkan era Stalin dan Moscow yang pernah wujud pada 1938-1968. Berukuran lebih kurang saiz dua padang bola sepak dengan dikelilingi bangunan lima tingkat dengan seni bina bersifat ‘menindas’ dan menggerunkan yang sering kita lihat di negara-negara blok komunis. Terdapat satu bangunan besar menempatkan makam Lenin, di samping dua bangunan kediaman yang kelihatan lusuh. Semua ini ditambah oleh suasana suram dengan angin kencang diiringi muzik cello tanpa nada sentiasa kedengaran melalu...

Pengarah filem dan sikap esentriknya

MELALUI kolumku ini selama enam minggu lalu aku berhasil berkongsi dengan pembaca melayari sejarah masa silam era kegemilangan filem Melayu 50-an dan 60-an lewat tulisan aku tentang salah seorang pengarah era itu, Allahyarham Hussein Haniff dan filem-filem arahannya. Tidak dinafikan Hussein sinonim dengan sikap keras kepala, menentang arus dan sukar untuk bekerjasama melainkan dengan beberapa orang yang ‘sekepala’ dengannya. Beliau dikategorikan sebagai seorang perfectionist. Sikap non-conformist Hussein ini dianggap ‘gila’. Ditambah lagi dengan hubungan kurang mesra beliau dengan wartawan ketika itu. Aku ingin nyatakan berdasarkan pengalaman peribadi pernah aku lalui sejak aku menduduki kerusi pengarah, sebenarnya attitudes, perangai dan sikap seperti ini sama ada disedari atau tidak ada pada semua pengarah filem. Cara luahan dan manifestasi attitudes dan sikap ini berbeza-beza di antara seorang pengarah dengan seorang pengarah yang lain. Pengarah filem silih berganti, data...