Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Jagat bawa persoalan sejagat

AKU mula tahu tentang filem Jagat, filem Tamil tempatan pada 3 November 2015. Hari itu aku terjumpa trailer promosi filem ini di YouTube. Trailernya menarik perhatianku. Aku dapat merasakan kelainan dari segi naratif dan visual yang cuba dipaparkan lewat filem cereka sulung pengarah generasi muda anak Malaysia berbangsa India, Shanjhey Kumar Perumal. Aku terus catatkan dalam diari tarikh tayangannya bermula pada 17 Disember 2015. Selepas hampir sebulan menunggu, akhirnya aku berpeluang menonton Jagat pada hari ketiga tayangannya. Apa yang menarik minat aku untuk menanti menonton filem ini? Tagline atau slogan trailer promosi filem Jagat – An ignored chapter of Indian Malaysian, terjemahan ringkas - Satu bab kehidupan kaum India Malaysia yang diabaikan. Aku lihat Shanjhey ada isu penting hendak dicerita dan dikongsikan dengan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Menurut Shanjhey, filem pertama arahannya ini mengisahkan kehidupan dilalui kebanyakan keluarga kaum India yang te...

Radio, wayang pacak dan politik

AKU akan nukilkan lagi pengalaman peribadiku yang ada hubung kait dengan perkembangan media massa dan filem khususnya di negara kita pada era 60-an dan awal 70-an. Seperti biasa tulisanku ini bukan kajian ilmiah akademik. Cuma satu rakaman perjalanan hidup aku secara tidak langsung ada kaitan dengan kemajuan dan pembaharuan dalam bidang penyiaran baik radio, televisyen dan filem di Malaysia. Sebelum dan selepas kita merdeka pada 1957, hanya radio sahaja merupakan alat komunikasi massa yang ada dan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat negara ini. Aku masih ingat rupa bentuk radio ketika itu. Reka bentuk radio seperti kotak kayu menggunakan bateri kering atau dry cell battery, berukuran sebesar bateri kereta. Ada radio berbentuk besar dengan ukuran 24 inci panjang dan 20 inci tinggi. Ada radio berukuran setengah daripada ukuran tersebut. Seingat aku radio berbentuk lebih kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dikenali sebagai transistor radio atau radio transistor mula wujud di pa...

Bangsawan tanpa tajuk perkenalan pertamaku

KURANG 20 hari lagi kita akan berada di tahun baharu 2016 Masihi. Seiring dengan ketibaan tahun baharu ini, aku tiba-tiba teringat usia industri filem Melayu. Filem Melayu pertama berjudul – Leila Majnun, arahan BS Rajhans diterbitkan pada 1933. Ini bermakna industri filem Melayu sudah berusia 82 tahun setakat 2015 dan 18 tahun lagi, industri filem Melayu menyambut 100 tahun kewujudannya. Usia 82 tahun sesebuah industri filem jika disamakan dengan hayat seorang manusia pastinya merupakan satu usia yang penuh kematangan dan kejayaan. Apakah industri filem Melayu berjaya seperti berjayanya seorang manusia berusia 82 menempuhi segala onak duri cabaran hidup sejak awal hidupnya sehingga berakhir sebagai seorang wise old man? Rasanya tidak perlulah aku menjawabnya. Ketenatan dan dilema dihadapi industri filem kita sekarang sudah cukup untuk memberi jawapan yang sering kita cari bila membincangkan maju mundurnya industri dan dunia perfileman Melayu. Keadaan ini sering dibincangkan ole...

Werner Herzog pengarah filem paling penting

SEBELUM aku menulis tentang keesentrikan pengarah filem Werner Herzog seperti aku janjikan minggu lalu, aku ingin mengimbas kembali untuk merumuskan pandangan dan pendapat si film buff yang menghubungi aku memperkatakan tentang perangai esentrik pengarah-pengarah filem dunia. Menurut si film buff aka peminat filem tegar ini, aku perlu berlaku adil kepada pembikin dan pelajar filem generasi muda kita dalam menyalurkan informasi berkaitan pengarah dan industri filem dunia. Teguran dan ingatan beliau menghantui aku sepanjang dua minggu ini. Selepas tersiar artikel minggu lalu aku ada juga menerima pandangan seorang pelajar filem lewat SMS bertanya apakah perlu mereka mengetahui sejarah keesentrikan kegilaan kesenimanan pengarah-pengarah tersohor dunia ini? Reaksi pelajar ini juga menghantui pemikiran aku sepanjang minggu ini. Kenapa aku merasakan begitu? Aku merasakan kedua pandangan ini melahirkan satu pertentangan mind set atau jalur pemikiran yang perlu diberi perhatian. Secar...