AKU akhiri artikel minggu lalu dengan pertanyaan - mengapa daripada 14 filem arahan Allahyarham Hussein Haniff, hanya filem Hang Jebat (1961) dan Dang Anom (1962) berjaya mengutip koleksi pecah panggung? Filem-filem Hussein lain gagal di pasaran berbanding filem-filem arahan P Ramlee yang kebanyakannya pecah panggung. Terutamanya filem-filem arahan P Ramlee ketika di Singapura antara 1955 sehingga 1963. Situasi yang terjadi kepada Hussein dan P Ramlee ini mewujudkan dua pandangan berbeza ketika era kegemilangan mereka dan awal 80-an dalam memperkatakan ketokohan dua pengarah penting dunia filem Melayu ini. Kenapa ini berlaku? Pandangan dan pendapat bakal aku catatkan ini bukan kajian ilmiah dan akademik tetapi lebih berdasarkan pengalaman peribadi ketika aku membesar pada era 60an. Pengalaman peribadi first hand yang pernah aku tempuhi itu, sekarang sudah menjadi sejarah. Dalam konteks sejarah industri perfileman Melayu yang boleh aku ceritakan semula tanpa perlu aku membaca dan...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.