SEJAK dua minggu lalu aku menulis mengenai pengarah filem Allahyarham Hussein Haniff berdasarkan informasi pengalaman peribadi Yunos Alwi. Beliau merupakan seorang daripada pemilik syarikat filem iklan PROFILM pada akhir 70-an sehingga awal 90-an. Sebelum syarikat filem Cathay Keris, Singapura ditutup pada 1973, Yunos berhijrah ke Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan. Aku perhatikan filem-filem arahan Hussein kurang diberi perhatian oleh penonton, peminat dan kebanyakan generasi muda Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Pihak berwajib dan media dalam perkembangan filem Melayu dan Malaysia, kurang memainkan peranan menonjolkan filem arahan pengarah seperti Hussein Haniff, M Amin, Mat Sentol dan Nordin Ahmad daripada studio Cathay Keris. Begitu juga karya pengarah Melayu daripada studio Malay Film Productions, Jalan Ampas seperti Jamil Sulong, Omar Rojik dan S Kadarisman. Aku lihat keadaan sekarang tidak ada keseimbangan dalam menghargai sumbangan ha...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.