TRILOGY atau trilogi adalah satu terma dalam bidang pembikinan filem bermaksud satu susunan tiga filem yang berkaitan antara satu dengan lain. Trilogi boleh juga digunakan untuk mendiskripsikan tiga susunan karya hasil penulisan daripada seseorang penulis. Sejak dua minggu lepas aku menulis tentang P Ramlee. Jadi minggu ini aku hendak melengkapkan penulisan tentang P Ramlee sehingga menjadi satu trilogi. P Ramlee merupakan pengarah filem Melayu pertama menghasilkan filem berbentuk trilogi. Trilogi Bujang Lapok – bermula dengan Bujang Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959) dan Seniman Bujang Lapok (1961). Semasa di Merdeka Studio, Ulu Kelang, P Ramlee telah mengarah trilogi Do Re Mi – bermula dengan Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966) dan Laksamana Do Re Mi (1972) yang merupakan filem terakhirnya. Setakat ini selepas P Ramlee, pengarah Jins Shamsuddin pernah menghasilkan trilogi esoknya – Menanti Hari Esok (1977), Tiada Esok Bagi Mu (1978) dan Esok Masih Ada (1979)....
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.