Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysian Cinema In A Bottle

Peti televisyen jadi watak utama

DRAMA Runtuh hasil tulisan dan arahan aku ini, disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 1994 merupakan karya terakhir aku disiarkan oleh televisyen tempatan. Selepas ini, banyak masa aku terlibat berkonflik dengan pihak berkuasa kerana aku tidak puas hati dengan layanan mereka terhadap diri aku sebagai karyawan. Menurut Hassan Abd Muthalib dalam bukunya, Malaysian Cinema In A Bottle - perbezaan pemikiran, fahaman dan perjuangan aku bersifat non conformist terhadap isu-isu dalam industri seni dan hiburan tanah air sehingga aku dianggap the enfant terrible of the industry.  Drama Runtuh mencatit banyak kenangan manis dan pahit kepada aku. Aku berpuas hati kerana segala penat lelah tanpa tidur yang cukup selama hampir lebih 10 hari kerana kegilaan aku merakam tanpa henti siaran lintas langsung sepanjang operasi mencari dan menyelamat tragedi keruntuhan Highland Towers, akhirnya membuahkan hasil. Jumlah bahan-bahan rakaman visual tragedi itu yang aku miliki dalam bentuk rakaman ...

Jika ada peluang remake...

APA  bezanya bekerja dan berkolobrasi dengan Othman Hafsham dan Rahim Razali? Sebenarnya tidak ada dan tidak banyak perbezaannya. Cuma cara kerja pengarah-pengarah yang terlibat berbeza-beza. Tetapi berpeluang bekerja dan berkolobrasi dengan pengarah Othman Hafsham dan Rahim Razali berjaya menambah pengalaman aku dalam hal-hal dan cara-cara berkaitan dengan tugas-tugas pengarah. Pengalaman dan ilmu praktikal ini tidak dapat dipelajari dan dialami di bilik-bilik kuliah. Othman Hafsham merupakan pengarah filem terdidik kerana beliau menuntut ilmu pembikinan filem yang khusus. Beliau merupakan graduan dari London Film School. Beliau pernah bertugas di Filem Negara Malaysia dan RTM sebagai penerbit.Pengetahuan teknikal perfileman dan lakonan beliau seimbang. Rahim Razali pula lulusan dalam jurusan Chartered Accountancy daripada University of Melbourne, Australia. Bertugas dalam bidang periklanan dengan agensi-agensi iklan antarabangsa sepenuh masa dan menjadi pengulas suka...

Dari komedi ke drama aksi

SETELAH selesai melunaskan tanggungjawab penolong pengarah dan pengarah seni untuk penggambaran filem Mekanik arahan Othman Hafsham, aku mendapat tawaran untuk tugas yang sama dari sebuah syarikat produksi baharu – ZSA Film Productions. ZSA Film Productions diterajui oleh seorang produser muda bernama Zarul Hisham Al Bakri. Merupakan produser termuda tanah air berusia lewat 20-an ketika itu. Syarikat baharu ini menawarkan aku tugas penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali. Beliau akan mengarahkan filem sulung terbitan syarikat Zarul ini, bergenre action drama berjudul Matinya Seorang Patriot. Produksi dan penggambaran filem Matinya Seorang Patriot dimulakan pada pertengahan tahun 1983. Filem ini merupakan yang ketiga arahan Rahim Razali selepas filem-filem Abang (1981) dan Pemburu (1982). Aku dapati ada beberapa first atau ‘pertama kali’ dalam produksi ketiga beliau ini. First yang pertama ialah filem Matinya Seorang Patriot merupakan pertama kali R...

Nasib baik aku mengamuk!

DENGAN  tersiarnya artikel 'Kenapa aku marah lagi' minggu lalu, makin ramai mula faham kenapa selama ini aku bertindak menentang arus. Ramai juga bertanya aku maksud ungkapan 'persona non grata' di akhir artikel aku itu. Ada yang ingat lagi Persona Non Grata adalah tajuk filem arahan Syed Azidi pada 2006. Dalam pengertian mudah 'persona non grata' adalah individu yang tidak punya tempat bermastautin – stateless person. Aku hanya sedar apa aku lalui selama ini menggolongkan aku sebagai manusia berstatus 'persona non grata' selepas membaca buku Malaysian Cinema In A Bottle (2013) tulisan Hassan Abd Muthalib, seorang pengkritik dan pengkaji sejarah filem Malaysia. Aku berkesempatan membaca buku terbaharu Hassan itu awal tahun ini. Dalam salah satu bab, Hassan menceritakan tentang attitude, sikap rebel dan penentangan aku terhadap birokrasi Finas. Hassan merumuskan aku menjadi 'persona non grata' kerana kelantangan aku memprotes ...