Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jamil Sulong

Filem Malaysia, filem Korea

KITA teruskan menelaah kertas perbahasan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai minggu ini. Melalui kertas bahas itu, aku lihat banyak masalah industri filem Malaysia sekarang yang masih belum selesai walaupun beliau telah memberi saranan 28 tahun yang lalu. Di simposium berlangsung pada 5 Disember, 1987 itu, Dr Anuar seterusnya menjelaskan bagaimana penghasilan filem dan televisyen Korea yang seiring dan sama naiknya. Mereka saling berganding menghasilkan produk-produk untuk memajukan industri filem negara mereka. Dr Anuar mencatatkan – Satu contoh dipanggil Panggung Sastera – telah menghasilkan 266 tajuk drama – semuanya adaptasi novel Korea dari tahun 1980 hingga 1987 – berbentuk feature, panjangnya antara 90 minit dan 120 minit. Siapa punya kerja ni? Hairan ya. Tak cukup lagi tu – ada pulak yang dipanggil Calendar Drama, 60 minit, 90 minit dan 120 minit. Banyak, tahun 1986 aja berjumlah 25 buah. Ada lagi dipanggil Drama Remaja. Ada lagi dipanggil Opera. Ada lagi dipanggil Drama Mu...

Dari idea novelis ke visual pengarah filem

MINGGU ini aku mahu berkongsi dengan pembaca-pembaca, latar belakang beberapa filem-filem adaptasi daripada novel-novel karya penulis-penulis terkenal dunia dan serantau. Adaptasi sesebuah filem yang baik bukan setakat mengekalkan semangat dan tema novel tetapi mengolahnya menjadi karya sinematik yang unik. Berdasarkan pendapat dan pandangan di atas aku ingin berkongsi informasi tentang filem-filem adaptasi dari novel yang aku rasa perlu diketahui oleh pembaca dan penonton bagi menambah kefahaman tentang filem dan meningkatkan budaya menonton filem. Ramai penonton dan pembaca novel selalunya mengharapkan  filem-filem adaptasi rata-ratanya akan  mengikut penceritaan seratus peratus seperti dalam novel. Kenyataan ini memang tidak dapat dipisahkan daripada sikap dan budaya menonton filem oleh kebanyakan penonton-penonton filem di seluruh dunia. Tetapi tuntutan ini hampir pasti belum berjaya dipenuhi seratus peratus oleh pengarah-pengarah filem tempatan dan antarabangsa. ...

Isu panas lariskan filem?

ANTARA 1981 hingga 1985, permulaan kemunculan pengarah-pengarah baharu dengan idea dan filem-filem membawa tema dan isu terkini yang lebih ke depan dan progresif. Seperti aku tulis sebelum ini, lima tahun awal 80an ini menyaksikan kebangkitan baru dalam industri perfileman tanah air. Rahim Razali dengan filem-filem genre dramanya, Shahrom Mohd Dom dengan filem adaptasi dari novel dan Othman Hafsham dengan filem genre komidinya. Dalam masa sama pengarah-pengarah bekas studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Singapura masih mendominasi industri filem tanah air. Penggiat-penggiat filem yang punya kemampuan kewangan melalui syarikat yang mereka tubuhkan sendiri mencuba mengarah filem walaupun tanpa ilmu perfileman. Filem-filem mereka kebanyakannya masih mengikut acuan lama dari segi persembahan visual dan olahan walaupun dalam bentuk warna dan bidang luas. Tema dan cerita arahan mereka juga masih berkisar kepada isu-isu lapuk yang tidak mencabar minda dan meningkatkan daya fikir...

1985- Kenapa cuma 5 filem?

PERUBAHAN  dibawa oleh Rahim Razali lewat filem-filemnya – Abang (1981), Pemburu (1982), Matinya Seorang Patriot (1984) dan Tsu-Feh Sofia (1985) tidak berjaya menghasilkan kesan perubahan yang diharapkan oleh kami daripada pembikin dan peminat filem golongan muda ketika itu. Aku lihat sebahagian besar golongan penonton filem-filem Melayu masih liat lagi untuk menerima perubahan ini. Aku ingin menekankan di sini, perubahan yang aku maksudkan sepanjang tiga minggu lalu aku menulis tentang gelombang baharu cinema panggung Melayu dan sumbangan pengarah Rahim Razali dalam mencetuskan the Malaysian new wave cinema ialah dari aspek tema, isu dan inti pati paling penting sesebuah filem iaitu cerita. Apa cerita mahu disampaikan? Aku bukan menekankan isu teknik persembahan visual dan persalinan kulit filem-filem Melayu dari hitam putih kepada warna. Dari segi teknikal filem-filem Melayu ketika itu sudah ada peningkatan yang meyakinkan. Elemen tema, isu dan cerita yang d...

Filem 70-an berwarna tanpa makna

SELAMA  tiga minggu berturut-turut aku menulis tentang Seniman Agung P Ramlee. Aku terasa seperti kering idea pula. Aku minta pandangan daripada anak bujangku apa patut aku tulis untuk kolum minggu ini. Dia menyarankan supaya aku tulis tentang muzik yang popular pada tahun-tahun 70-an. Anak bujang aku berusia 23 tahun. Dia membesar dengan muzik rock barat dan tempatan seperti Search, Wings dan grup-grup yang sewaktu dengan mereka. Tidak ketinggalan muzik dari grup-grup indie 90-an dan tahun 2000 hingga sekarang. Menarik juga cadangannya itu. Tapi aku rasa aku akan tulis tentang muzik 70-an di kesempatan lain, insya-ALLAH. Muzik dan lagu-lagu Melayu era 70-an kebanyakannya saduran lagu-lagu barat baik, melodi mahupun liriknya yang dialih bahasa dari Inggeris ke Melayu. Buat masa ini aku masih dalam mood lebih selesa ‘melayan’ dan menulis tentang filem-filem Melayu di tahun-tahun 70-an, terutamanya selepas meninggalnya P Ramlee pada 1973. Setahun selepas kepergian P Raml...