Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gandhi

Tok Guru berbicara tentang seni

SATU  perjumpaan dan sesi dialog antara penggiat seni hiburan dan karyawan seni dan sastera bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diadakan pada 31 Oktober 2002 di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah atas daya usaha Dinsman dan diaturkan Setiausaha Politik Tok Guru ketika itu, Anual Bakri. Dinsman yang mewakili kami memulakan dialog dengan meminta penjelasan tentang kegiatan seni dan hiburan daripada perspektif Islam. Tok Guru sendiri mengakui yang beliau bukan mahu mengambil alih tugas mufti dalam menghalal dan mengharamkan satu-satu perkara dan perbuatan. Namun kepada kami beliau merupakan tokoh yang juga punya autoriti untuk memberi penjelasan dan kefahaman tentang seni hiburan dari aspek halal haramnya dari segi Islam. Menurutnya, Islam tidak menghalang kegiatan kesenian. Beliau menjelaskan dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut dan menyatakan tentang keindahan, kecantikan dan kedamaian. Tok Guru menerangkan seni itu indah da...