MINGGU lalu aku mencatitkan tentang dua situasi yang sering mendepani pengarah-pengarah filem Malaysia dari dulu sehingga sekarang. Situasi di mana pengarah filem tempatan cuma ada dua pilihan. Kalau hendak buat untung berlipat ganda hasilkanlah filem-filem ringan yang tidak mencabar minda penonton dan juga minda pembikinnya. Jika pengarah filem mahu menghasilkan filem-filem dan karya-karya yang mengangkat tema dan isu-isu lebih mencabar pemikiran penonton lalu mereka perlu bersedia berdepan dengan kemungkinan kerugian kutipan boxoffice. Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini. Lihat dan baca pendapat-pendapat dan reaksi daripada pembikin, penggiat dan peminat filem di akhbar-akhbar dan di blog-blog alam siber tentang masalah ini. Tiada kesudahan dan masih belum dijumpai solusinya. Aku juga melontarkan pandangan bila berdepan dengan situasi sebegini lebih mudah lagi jika pengarah filem adalah juga produser yang mampu menerbitkan filem dengan dana atau...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.