Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sinema Islami

Hari raya tengok wayang gambar

PAGI Ahad lepas aku bertemu dengan seorang brother berusia lebih otai daripada aku. Brother otai ini bertanya kenapa sejak kebelakangan ini aku banyak menulis tentang isu dan hal-hal yang ‘berat’. Aku rasa beliau maksudkan tulisan aku mengenai kupasan kertas kerja Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dan gagasan tentang Muslim Cinema atau Sinema Islami lewat kertas presentasi Mansor Puteh. Ini adalah pandangan beliau. Aku tidak ada masalah tentang itu.   Aku terangkan kepada brother ini, aku rasa bertanggungjawab dan perlu menulis isu, perkara atau subjek tersebut untuk menambah pengetahuan ilmu dan informasi kepada penggiat, pembikin, peminat dan paling penting pelajar-pelajar filem kita.    Tulisan aku mengenai idea dan gagasan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dan Mansor Puteh adalah sebahagian daripada sejarah perkembangan filem Melayu khasnya dan filem Malaysia umumnya. Beliau meminta aku jangan lupa terus menulis tentang hal-hal berkaitan filem dan dunia hiburan Melayu ...

Melaka & Palembang: Kota filem Islami?

SELEPAS  16 tahun berlalu, usaha aku menelaah semula kertas presentasi oleh Mansor Puteh bertajuk Sinema Islami sebagai pencabar Hollywood dengan lebih fokus bagi tujuan menulis untuk berkongsi informasi dengan pembaca kolum ini telah menemukan aku dengan beberapa pencerahan dan penemuan penting. Pertama, selama ini sejak terciptanya imej-imej bergerak bernama filem pada 1890-an, pihak Barat atau kufar berjaya menggunakan filem bagi melemahkan jati diri dan akidah umat Islam seantero dunia melalui penjajahan minda tanpa kita sedari. Kedua, hanya dengan mewujudkan Muslim Cinema atau Sinema Islami melalui penubuhan World Muslim Film Foundation atau Yayasan Filem Dunia Islam merupakan jalan dan usaha menghalang perkembangan mungkar dan jahiliah yang dihasilkan Hollywood selama ini. Ketiga, hanya sinema Islami berupaya memperkenalkan unsur-unsur agama dan moral yang baik ke dalam bahasa filem atau pemahaman sinematik. Mansor berpandangan semua ini perlu diusah...

Sinema Islami selepas 16 tahun

SEBELUM aku menyambung menulis tentang usaha Mansor Puteh menarik perhatian peserta dan hadirin di perbincangan sinema Islami peringkat antarabangsa di Ramallah, Palestin, 16 tahun lalu, aku ingin membuat sedikit pembetulan. Bukannya Khalil Sasakini Cultural Centre tetapi Khalil Sakakini Cultural Centre atau Pusat Kebudayaan Khalil Sakakini yang mengundang Mansor untuk membentangkan kertas presentasinya pada 16 -19 September 1999. Harap maaf atas kesilapan yang tidak aku sengajakan. Minggu lalu, aku menyentuh pandangan Mansor yang mempersoalkan tentang cara dan kriteria pemilihan yang diguna pakai untuk sesebuah filem dari negara-negara Dunia Islam dan Dunia Ketiga dalam menentukan pemilihan untuk tayangan di festival-festival di Barat. Melalui kertas presentasinya, Muslim Cinema as an Antithesis to Hollywood, Mansor Puteh membongkar dan mendedahkan kesongsangan sikap dunia Barat melalui penganjuran festival-festival filem yang melibatkan filem-filem hasil karya pembikin-pembik...

Yayasan Filem Dunia Islam

DALAM  kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema as an Antithesis to Hollywood dibentangkan pada 16–19 September 1999, di Khalil Sasakini Cultural Center atau Pusat Kebudayaan Khalil Sasakini di Ramallah, Palestin, beliau mencadangkan penubuhan World Muslim Film Foundation atau Yayasan Filem Dunia Islam.  Apakah dan bagaimana fungsi World Muslim Film Foundation - Yayasan Filem Dunia Islam? Cadangan penubuhan Yayasan Filem Dunia Islam ini merupakan usaha untuk merasmikan dan menginstitusikan konsep dan falsafah serta hala tuju artistik sinema Islami. Usaha ke arah itu akan dikawal selia oleh Yayasan Filem Dunia Islam ini untuk memastikan  nilai-nilai dasar yang selari dengan yang terkandung dalam al-Quran dan As-Sunnah serta dengan nilai-nilai budaya, gaya hidup serta tradisi kita walaupun berbeza.  Mansor mencadangkan supaya Yayasan Filem Dunia Islam ini mula digerakkan oleh Khalil Sasakini Cultural Center yang berada di bawah Kementer...

Sinema Islami dan nilai moral

SEBELUM aku sambung menulis dan menelaah kertas presentasi Mansor Puteh - Muslim Cinema As An Antithesis To Hollywood, aku ingin menceritakan tentang seorang pembaca menghubungi aku memberi respons kepada artikel aku pada minggu lalu. Menurutnya, isu tentang adegan berkucupan dan bercium mulut dalam filem-filem Melayu pernah cuba dilakukan atau dipopularkan sejak zaman Jalan Ampas, Singapura pada 60-an lagi. Dia berpendapat aku terlepas pandang mengenai isu ini yang menjadi panas ketika itu. Dalam artikel minggu lalu, aku menyatakan filem-filem Melayu tidak pernah ada adegan bercium sejak dari zaman Jalan Ampas, Singapura sehingga sekarang. Sememangnya tidak ada adegan cium dalam filem Melayu setakat ini yang kita ketahui, tetapi keinginan untuk melahirkan adegan seperti itu pernah berlaku dalam sejarah perkembangan industri filem Melayu. Ini yang beliau anggap aku terlepas pandang. Aku tidak nafikan kenyataannya itu. Apatah lagi beliau merupakan seorang otai peminat filem Mela...

Mansor Puteh & gagasan Muslim Cinema

MINGGU  ini aku mahu berkongsi pandangan tentang isi kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema As Antithesis To Hollywood - Sinema Islami pencabar Hollywood; alternatif kepada filem-filem keluaran secara lambak daripada kilang mimpi bernama Hollywood. Aku rasa perlu memberi latar belakang individu bernama Mansor Puteh ini untuk pengetahuan penggiat, pembikin, pelajar dan peminat filem Melayu dan filem Malaysia terutamanya generasi baharu. Mungkin ada juga generasi lama yang tidak mengenali dan mengetahui siapa tokoh filem kontroversial ini. Beliau mula melibatkan diri dalam industri filem tempatan sebagai pengarah, pengkritik, pengkaji dan pemerhati filem sejak awal 80-an. Siapa Mansor Bin Puteh, anak kelahiran negeri Hang Jebat, Melaka ini? Bermula sebagai pengkritik filem sebaik sahaja beliau balik dari menuntut di Columbia University, New York dalam bidang perfileman pada awal 1982. Tulisan dan kritikannya banyak tersiar dalam akhbar tempatan. Ma...

Sinema Islami pencabar Hollywood

ALHAMDULILLAH, akhirnya aku berjaya menjumpai semula kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema As An Antithesis to Hollywood atau terjemahan ringkasnya 'Sinema Islami'. Sebagai Pencabar Hollywood' setelah sehari suntuk menyelongkar kotak-kotak dokumen serta kertas-kertas presentasi dan perbahasan filem dalam simpanan aku sepanjang hampir 20 tahun lalu. Kertas ini beliau bentangkan pada 16 September 1999 di Khalil Sasakini Cultural Center of the Ministry of Culture, Republic of Palestin, Ramallah. Selain salinan kertas presentasi dalam bahasa Inggeris setebal 14 muka surat ini, Mansor juga menyertakan salinan fotokopi keratan-keratan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris terbitan 1994 dan 1999 yang mengandungi artikel-artikel dan temu bual dengan beliau mengenai kandungan gagasan Muslim Cinema atau Sinema Islami yang ingin direalisasikannya itu. Ketika pertama kali, aku membaca kertas presentasinya ini 16 tahun lalu, aku dapati Mansor sememangnya berpanda...

Seorang pemuda bernama Awang

KETIKA aku menunggu bas untuk balik ke Melaka di TBS – Terminal Bersepadu Selatan pada senja Isnin lalu, aku ditegur oleh seorang anak muda berusia lewat 30-an. Anak muda ini bertanya aku tentang filem Tombiruo. Dah habis shooting ke? Bila nak tayang? Siapa memegang watak Tombiruo? Biarlah aku panggil pemuda ini – Awang. Dia sungguh teruja dapat bertemu dengan aku senja itu. Dia baharu tiba dari Singapura atas urusan kerja dan perniagaan.  Aku beritahu Awang, aku ke Kuala Lumpur hari itu kerana menghadiri mesyuarat dan perbincangan mengenai produksi Tombiruo yang bakal kami mulakan penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, insya-ALLAH. Menurut Awang, dia juga peminat novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Awang mengikuti perkembangan pembikinan filem Tombiruo dan tidak pernah tinggal membaca kolum Lantera aku setiap Ahad. Sementara menunggu bas bakal aku naiki bertolak pukul 9 malam, kami sempat bersembang-sembang santai mengenai perfileman tempatan. Nampak ga...