Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

M Nasir bawa watak Tombiruo?

ADAKAH  Datuk M Nasir, Ito dan Pyanhabib yang turut hadir dalam majlis sidang media pra pelancaran filem Tombiruo minggu lalu akan terlibat dalam filem ketiga bakal aku arahkan tidak lama lagi? Bermacam-macam spekulasi daripada peminat dan pembaca novel Ramlee Awang Murshid tentang kehadiran otai-otai ini terutamanya M Nasir. Ramai di antara mereka meramalkan watak Ejim aka Tombiruo bakal diperankan oleh M Nasir. Ini spekulasi pro dan kontra yang menarik dan segar. Aku rasa belum pernah sebelum ini peminat filem dan peminat serta pembaca novel meluahkan pendapat dan pandangan mereka tentang pemilihan pelakon bakal membintangi filem yang diadaptasi dari novel tulisan penulis kesukaan mereka. Partisipasi peminat dan pembaca novel-novel Ramlee sungguh luar biasa serta di luar jangkaan aku. Aku lihat keadaan ini menjustifikasikan kenapa Ramlee adalah novelis thriller no 1 Malaysia. Alhamdulillah. Suasana ini berlaku kerana dimungkinkan oleh ruang dan kesempatan unt...

Aku kembali kerana Tombiruo

SELASA  lalu di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam telah berlangsung sidang media pra pelancaran filem Tombiruo berdasarkan adaptasi novel popular tulisan Ramlee Awang Murshid. Syarikat milik Ramlee Awang Murshid, Layar Sunan, Ideate Media dan Karangkraf akan berkolaborasi untuk menerbit dan memproduksikan filem ini. Selepas 27 tahun bergerak di belakang tabir, sekarang aku dipertanggungjawabkan oleh Layar Sunan untuk mengarah filem sulung terbitan syarikat ini. Filem terakhir arahan aku ialah filem Rozana Cinta 87; 1987. Filem tersebut merupakan filem kedua arahan aku selepas mengarah filem pertamaku Kembara Seniman Jalanan pada 1986. Filem arahan pertama aku ini juga adalah filem pertama lakonan M Nasir (Datuk). Aku ditanya wartawan tentang comeback aku ini untuk mengarah filem Tombiruo. Bagaimana aku menghadapi keadaan ini? Sebenarnya agak sukar untuk aku menyatakan tentang keadaan dan perasaan berpeluang mengarah semula filem sel...

Camaraderie penggiat sinema baharu Malaysia

SATU  lagi nama besar dalam industri perfileman tanah air pernah aku berkolaborasi sebagai penolong pengarah dan pengarah seni ialah pengarah filem tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Merupakan satu-satunya pengarah wanita negara paling menonjol dan produktif menghasilkan filem-filem membawa tema lain dari kebiasaan filem-filem arus perdana tempatan. Filem-filem arahannya yang melekat di hati penonton tempatan sehingga kini bermula dengan filem arahan sulungnya pada 1992 berjudul Selubung, diikuti dengan filem-filem Ringgit Kasorrga (1995), Layar Lara (1997), Mimpi Moon (2000), Pontianak Harum Sundal Malam (2004), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005), Waris Jari Hantu (2007), 1957: Hati Malaya (2007) dan paling terkini Tanda Putera (2013) yang mencetuskan kontroversi serta hangat diperkatakan oleh masyarakat awam dan juga orang politik. Aku menjadi penolong pengarah dan pengarah seni beliau untuk telefilem pertama TV3 berjudul Maria diproduksikan pada 1984. Ketika ...

Jika ada peluang remake...

APA  bezanya bekerja dan berkolobrasi dengan Othman Hafsham dan Rahim Razali? Sebenarnya tidak ada dan tidak banyak perbezaannya. Cuma cara kerja pengarah-pengarah yang terlibat berbeza-beza. Tetapi berpeluang bekerja dan berkolobrasi dengan pengarah Othman Hafsham dan Rahim Razali berjaya menambah pengalaman aku dalam hal-hal dan cara-cara berkaitan dengan tugas-tugas pengarah. Pengalaman dan ilmu praktikal ini tidak dapat dipelajari dan dialami di bilik-bilik kuliah. Othman Hafsham merupakan pengarah filem terdidik kerana beliau menuntut ilmu pembikinan filem yang khusus. Beliau merupakan graduan dari London Film School. Beliau pernah bertugas di Filem Negara Malaysia dan RTM sebagai penerbit.Pengetahuan teknikal perfileman dan lakonan beliau seimbang. Rahim Razali pula lulusan dalam jurusan Chartered Accountancy daripada University of Melbourne, Australia. Bertugas dalam bidang periklanan dengan agensi-agensi iklan antarabangsa sepenuh masa dan menjadi pengulas suka...