Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FFM

Filem Selubung tanpa CGI

AKU  pernah menjadi penolong pengarah dan pengarah seni kepada Shuhaimi Baba semasa beliau mengarahkan telefilem pertama TV3 yang baharu mula beroperasi ketika itu. Telefilem berjudul Maria diproduksikan pada 1984 dengan dibarisi oleh pelakon-pelakon Mustapha Nor (Allahyarham), Fatimah Abu Bakar, Kee Thuan Chai dan dibantu oleh peserta-peserta bengkel lakonan anjuran Finas di bawah kelolaannya. Aku mendapat peluang sekali lagi berkolaborasi dengan Shuhaimi pada 1990. Kali ini aku juga menggalas tugas penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung Shuhaimi berjudul Selubung sesudah berjaya mengarah dua filem, Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Rozana, Cinta 87 (1987). Kelihatan seperti aku ‘turun pangkat’. Kenapa aku terima tawaran penolong pengarah dan pengarah seni untuk filem sulung beliau? Aku sanggup menerima tawarannya atas rasa hormat dan menghargai sumbangan serta jasanya membantu perjalanan kerjaya seni dan filem. Aku mengenali beliau pada pertengahan 7...

Berapa beratnya 'heavy drama'?

MINGGU  lalu aku mencatitkan tentang dua situasi yang sering mendepani pengarah-pengarah filem Malaysia dari dulu sehingga sekarang. Situasi di mana pengarah filem tempatan cuma ada dua pilihan. Kalau hendak buat untung berlipat ganda hasilkanlah filem-filem ringan yang tidak mencabar minda penonton dan juga minda pembikinnya. Jika pengarah filem mahu menghasilkan filem-filem dan karya-karya yang mengangkat tema dan isu-isu lebih mencabar pemikiran penonton lalu mereka perlu bersedia berdepan dengan kemungkinan kerugian kutipan boxoffice. Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini. Lihat dan baca pendapat-pendapat dan reaksi daripada pembikin, penggiat dan peminat filem di akhbar-akhbar dan di blog-blog alam siber tentang masalah ini. Tiada kesudahan dan masih belum dijumpai solusinya. Aku juga melontarkan pandangan bila berdepan dengan situasi sebegini lebih mudah lagi jika pengarah filem adalah juga produser yang mampu menerbitkan filem dengan dana atau...

Produser, pengarah, penonton, tanggungjawab sosial

MINGGU  ini aku masih mahu berceritakan tentang filem Abang dan pengarah filem bernama Rahim Razali. Di Festival Filem Malaysia ke-2 (1982), melalui filem Abang, arahan sulungnya Rahim Razali berjaya memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik, skrip terbaik dan  anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik yang dimenangi oleh Ahmad Yatim. Walaupun filem Abang berjaya memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke 2 dan merupakan filem yang membawa pembaharuan namun filem Abang gagal dari segi kutipan pecah panggung. Pada pendapat aku pembaharuan yang cuba dibawa oleh Rahim masih belum dapat diterima oleh lingkungan penonton yang lebih besar jumlahnya. Di mana-mana sahaja di dunia ini, industri perfileman pasti memerlukan dua golongan penting manusia yang memastikan industri ini bergerak. Golongan penonton dan golongan pembikin filem. Dalam golongan penonton filem Melayu terbahagi pula kepada dua kelompok. Satu kelompok penonton yang mahukan filem-fil...

Suatu petang di pejabat FINAS

FESTIVAL Filem Malaysia ke-6 berlangsung pada 14 Disember 1986 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Salah satu dari filem-filem yang dipertandingkan ialah filem arahan aku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ) terbitan ZSA Film Production Sdn Bhd. Kalau tidak silap aku filem KSJ dicalonkan untuk kesemua kategori. Filem yang dinobatkan filem terbaik tahun itu ialah filem Tsu Feh Sofiah arahan Rahim Razali. Ketika festival itu berlangsung, aku sedang mengarah filem kedua Rozana Cinta 87. Filem ini terbitan syarikat Amir Communication Sdn Bhd. Syarikat ini dipunyai oleh Allahyarham Harun Hassan (lebih mesra dengan panggilan Pak Harun), bekas wartawan dan penulis novel. Novel beliau berjudul Bukan Salah Ibu Mengandung pernah diadaptasikan oleh Jins Shamsuddin untuk filem arahan pertamanya tahun 1969. Pada malam penyampaian anugerah festival filem itu, ketua juri membuat pengumuman pada saat-saat akhir di atas pentas yang mengejutkan aku dan semua yang terlibat dala...