Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gedebe

Rasuah & politik dalam filem

AKU terbaca satu tulisan di internet oleh Hassan Muthalib, seorang penggiat, pengkaji dan pengkritik filem bertajuk Hypocrisy Abounds In Life and Cinema. Terjemahan ringkasnya - Hipokrasi Penuhi Kehidupan dan Filem. Menurut Hassan, tulisannya itu diinspirasikan oleh artikel tersiar dalam The Sun Daily. Artikel, Key Officials Fail The Test tulisan Citizen Nades dalam akhbar itu tertumpu kepada kes pegawai kerajaan berpangkat tinggi didakwa terbabit dalam kes rasuah RM100 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya, artikel itu menyentuh mengenai kegagalan usaha dijalankan oleh jawatankuasa penyiasatan yang sering ditubuhkan untuk menyiasat bila berlaku kes-kes rasuah jutaan ringgit melibatkan pegawai-pegawai tinggi di agensi dan kementerian kerajaan. Seringnya, laporan siasatan akan senyap begitu sahaja tanpa dibentangkan hasilnya untuk pengetahuan umum. Hasil siasatan kebanyakan kes rasuah hilang ditelan masa. Semua lupa sehingga timbul kes baharu lebih menggemparkan....