Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Munafik

Ke Cannes, apa pilihan kita?

UNTUK pertama kalinya, minggu lalu aku gagal melunasi rutin mingguanku menulis untuk kolum Lantera. Aku dihambat oleh kesibukan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maaf kepada pembaca setia kolumku ini. Sepanjang minggu lalu dan sebelumnya aku terbaca berita tentang beberapa filem kita dipilih untuk tayangan di Cannes Film Festival 2016. Festival berprestij dan tersohor dunia ini berlangsung daripada 11 sehingga hari ini, 22 Mei, 2016. Cannes Film Festival yang berlangsung di bandar peranginan laut di Cannes, Perancis ini punya sejarah panjang. Bermula pada 1947 dengan penyertaan dari 16 negara. Tahun ini festival sudah berusia 69 tahun. Dari mula aku berkecimpung dalam bidang perfileman sejak tiga dekad lalu, aku lihat peluang penyertaan di Cannes Film Festival menjadi cita-cita serta impian hampir semua pengarah dan pembikin filem tanah air dan rantau ini. Bahkan ia impian hampir semua pengarah dan pembikin filem seantero dunia. Mereka mengimpikan peluang filem-filem ar...

Panggung wayang gambar atau cineplex?

ADA dua bahan tentang filem tempatan, aku terbaca sepanjang minggu lalu yang menarik perhatianku. Pertama, kejayaan filem Munafik arahan Syamsul Yusof, pengarah muda yang punya sentuhan emas. Hampir kesemua filem arahannya menjadi dan berjaya menghasilkan kutipan pecah panggung. Filem terbarunya ini telah berjaya mengutip RM17 juta setakat ini selepas 26 hari tayangan. Masih ditayangkan ketika artikel ini ditulis. Dalam masa sama aku terbaca juga lewat internet luahan rasa Shuhaimi Zulkefli, seorang penggiat dan pembikin filem generasi terkini. Beliau tidak senang dengan keadaan industri filem tanah air mutakhir ini. Tulisannya – Kenapa Filem Kita Tak Mampu Setaraf Filem Barat? boleh dilayari di internet. Anak muda ini mencatatkan tentang salah satu sebab kenapa filem kita tidak mampu bersaing dan setaraf filem Hollywood mahupun Bollywood ialah faktor panggung atau pawagam. Menurut beliau, di Amerika mempunyai 40,000 panggung wayang dan 14,000 panggung di India. Di Malaysi...