Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Radio

Radio, wayang pacak dan politik

AKU akan nukilkan lagi pengalaman peribadiku yang ada hubung kait dengan perkembangan media massa dan filem khususnya di negara kita pada era 60-an dan awal 70-an. Seperti biasa tulisanku ini bukan kajian ilmiah akademik. Cuma satu rakaman perjalanan hidup aku secara tidak langsung ada kaitan dengan kemajuan dan pembaharuan dalam bidang penyiaran baik radio, televisyen dan filem di Malaysia. Sebelum dan selepas kita merdeka pada 1957, hanya radio sahaja merupakan alat komunikasi massa yang ada dan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat negara ini. Aku masih ingat rupa bentuk radio ketika itu. Reka bentuk radio seperti kotak kayu menggunakan bateri kering atau dry cell battery, berukuran sebesar bateri kereta. Ada radio berbentuk besar dengan ukuran 24 inci panjang dan 20 inci tinggi. Ada radio berukuran setengah daripada ukuran tersebut. Seingat aku radio berbentuk lebih kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dikenali sebagai transistor radio atau radio transistor mula wujud di pa...