Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Deddy M Borhan

Isu panas lariskan filem?

ANTARA 1981 hingga 1985, permulaan kemunculan pengarah-pengarah baharu dengan idea dan filem-filem membawa tema dan isu terkini yang lebih ke depan dan progresif. Seperti aku tulis sebelum ini, lima tahun awal 80an ini menyaksikan kebangkitan baru dalam industri perfileman tanah air. Rahim Razali dengan filem-filem genre dramanya, Shahrom Mohd Dom dengan filem adaptasi dari novel dan Othman Hafsham dengan filem genre komidinya. Dalam masa sama pengarah-pengarah bekas studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Singapura masih mendominasi industri filem tanah air. Penggiat-penggiat filem yang punya kemampuan kewangan melalui syarikat yang mereka tubuhkan sendiri mencuba mengarah filem walaupun tanpa ilmu perfileman. Filem-filem mereka kebanyakannya masih mengikut acuan lama dari segi persembahan visual dan olahan walaupun dalam bentuk warna dan bidang luas. Tema dan cerita arahan mereka juga masih berkisar kepada isu-isu lapuk yang tidak mencabar minda dan meningkatkan daya fikir...

Cukup hanya pecah panggung atau...

ANTARA 1974 sehingga 1980, Merdeka Film Productions mula mengorak langkah baru dengan memproduksikan filem-filem berwarna dengan tujuan menarik sambutan penonton filem Melayu semula ke panggung. Dalam masa sama syarikat-syarikat filem independent atau syarikat persendirian bebas diasaskan oleh usahawan-usahawan Melayu mula ditubuhkan dan berkembang di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur. Di antara syarikat atau rumah produksi – production house mula aktif ketika itu terdiri daripada Jins Shamsuddin dgn PERFIMA – Perusahaan Filem Malaysia Sdn Bhd dan kemudian Jins Shamsuddin Filem Productions. Diikuti oleh Deddy M Borhan, seorang usahawan muda berasal dari Sabah mewujudkan Sabah Filem Productions. Syarikat Indra Filem Productions diasaskan oleh dua beradik, Zain dan Zahran sementara Syed Kechik Film Productions diasaskan oleh Datuk Syed Kechik. Di samping itu tumbuh juga syarikat-syarikat produksi berskala kecil dan sederhana di antaranya – Anang Enterprise, Bintang Maju Produksi...