TULISAN aku tentang filem Kami minggu lalu, membuat beberapa rakan lama yang tidak terlibat dalam bidang perfileman menghubungi aku. Mereka menonton filem Kami melalui YouTube selepas membaca artikel tersebut. Ada di antara mereka pernah menonton Kami menerusi televisyen dahulu. Mereka bertanya betulkah aku penolong pengarah Patrick Yeoh untuk filem pertama dan terakhir lakonan Sudirman Haji Arshad itu? Mereka bertanya begitu kerana nama aku tidak ada pada credit titles pembukaan filem dan penutup credit titles akhir filem Kami. Aku suruh mereka ikuti tulisan aku minggu ini untuk mendapatkan jawapannya. Filem Kami lebih mendedahkan aku kepada pengalaman berharga mengenali sikap, perangai dan intrik-intrik tipu muslihat di belakang tabir pembikinan sesebuah filem. Secara langsung dan tidak langsung sikap negatif mereka ini menyumbang kepada lembab dan liatnya filem-filem Melayu untuk berkembang dan maju dengan pemikiran dan sikap baharu selari dengan tuntutan p...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.