KETIKA Hafsham membuat keputusan muktamad untuk mengambil Azmil Mustapha menggantikan Dharma Harun sebagai hero filem Mekanik, waktu pejabat sudah berakhir. Keesokan harinya, seawal pagi aku berusaha menghubungi syarikat Showmaster untuk mendapatkan Azmil. Pihak Showmaster tidak tahu bila beliau akan hadir ke pejabat. Azmil merupakan freelancer dengan syarikat Ali Bakar itu. Ketika itu belum ada kemudahan telefon bimbit atau smartfon. Aku tinggalkan pesan supaya Azmil menghubungi kami di studio Perfima secepat mungkin. Memandangkan masa makin suntuk dan aku khuatir Azmil tidak masuk pejabat hari itu, aku hubungi semula pejabat Showmaster untuk mendapatkan alamat kediaman beliau. Aku masih ingat hari itu adalah hari Jumaat. Sebaik sahaja aku mendapat alamat kediamannya, aku bergegas ke rumahnya yang terletak di Bangsar. Aku mengejar waktu. Aku berharap dapat menemui beliau untuk mengatur sesi pertemuan dengan Hafsham selepas solat Jumaat nanti. Aku berjaya menemui rum...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.