Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Empat dekad kepergian P Ramlee

HARI ini 29 Mei 2016 genap 43 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tokoh ikonik bangsa Melayu khasnya dan anak semua bangsa Malaysia amnya. P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh meninggal dunia pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun. Tokoh seni tersohor negara ini masih dikenali sebagai penyanyi, pemuzik, pelakon dan pengarah filem walaupun kepergiannya sudah melebihi empat dekad. Ketika hidupnya, beliau telah menghasilkan 66 buah filem dan mencipta ratusan lagu. Zaman kegemilangannya ketika beliau berkarya dalam bidang seni suara, muzik dan perfileman di Singapura di antara era 50-an sehingga awal 60-an. P Ramlee memenangi anugerah dan dinobatkan Pelakon Versatile - Pelakon Serba Boleh lewat filem Ibu Mertuaku di Festival Filem Asia ke-10 di Tokyo, Jepun pada 1963. Populariti P Ramlee mula menurun bila beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada 1964. Filem-filem arahan beliau semasa di Studio Merdeka, Hulu Kelang (tapak Finas...

Ke Cannes, apa pilihan kita?

UNTUK pertama kalinya, minggu lalu aku gagal melunasi rutin mingguanku menulis untuk kolum Lantera. Aku dihambat oleh kesibukan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maaf kepada pembaca setia kolumku ini. Sepanjang minggu lalu dan sebelumnya aku terbaca berita tentang beberapa filem kita dipilih untuk tayangan di Cannes Film Festival 2016. Festival berprestij dan tersohor dunia ini berlangsung daripada 11 sehingga hari ini, 22 Mei, 2016. Cannes Film Festival yang berlangsung di bandar peranginan laut di Cannes, Perancis ini punya sejarah panjang. Bermula pada 1947 dengan penyertaan dari 16 negara. Tahun ini festival sudah berusia 69 tahun. Dari mula aku berkecimpung dalam bidang perfileman sejak tiga dekad lalu, aku lihat peluang penyertaan di Cannes Film Festival menjadi cita-cita serta impian hampir semua pengarah dan pembikin filem tanah air dan rantau ini. Bahkan ia impian hampir semua pengarah dan pembikin filem seantero dunia. Mereka mengimpikan peluang filem-filem ar...

Oliver Stone jadikan tokoh politik hero filem

MINGGU ini aku ingin menulis tentang perkembangan terkini salah seorang pengarah filem dunia tersohor paling aku minati karya-karyanya. Tokoh ini juga merupakan inspirasi kepada aku daripada aspek sikap dan attitudes beliau dalam menghasilkan dan mengangkat sesuatu isu dan tokoh untuk dijadikan tema filem-filem arahannya. Pengarah yang aku maksudkan ialah William Oliver Stone, lebih dikenali sebagai Oliver Stone. Berusia 70 tahun. Aku mula mengenali filem-filem arahan beliau bermula dengan filem Salvador (1986) dan Platoon (1986). Kedua filem ini aku tonton lewat pita video VHS aku sewa daripada kedai sewaan video yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan pada era 80-an. Alat perakam dan pemain pita video VHS baharu muncul di pasaran ketika itu. Era awal sehingga akhir 80-an filem-filem bukan berarus perdana Hollywood mampu diperoleh di kedai sewaan pita VHS sahaja. Itu pun bukan semua kedai sewaan video punya filem-filem sebegini untuk disewa. Hampir semua filem yang rar...

1 Mei, bagaimana nasib pekerja filem?

HARI ini, 1 Mei adalah Hari Pekerja atau Hari Buruh yang disambut oleh kaum pekerja di seluruh dunia. Hari ini juga dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Pastinya penggiat dan pembikin filem sama menyambut hari istimewa ini kerana mereka juga termasuk dalam golongan pekerja dan buruh. Hari Pekerja mula disambut dan diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia pada 1972. Ia merupakan hari peringatan untuk meraikan kejayaan pergerakan pekerja menuntut hak mereka dari segi pembayaran gaji dan masa bekerja. Tema Hari Pekerja tahun ini ialah – Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi. Aku terpanggil untuk menulis kefahaman aku tentang tema pekerja berkemahiran penggerak ekonomi negara dalam konteks sebagai penggiat dan pembikin filem. Seingat aku, pekerja bidang filem serta produksi drama dan program untuk televisyen paling ramai tidak dihargai sumbangan mereka oleh pihak majikan dari aspek bayaran dan masa kerja mereka. Sedangkan bidang seni filem ini memerlukan tenaga berk...