TAHUN 1964 merupakan masa paling bermakna dalam proses permulaan aku mengenali apa itu filem. Berusia 10 tahun dan di darjah 4 ketika itu, aku menonton dua filem Melayu ketika menyambut hari raya. Aku bersama rakan-rakan sekampung telah berpeluang menonton filem Air Mata Duyung arahan M Amin dan dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Suraya Harun semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika menyambut Hari Raya Aidiladha pula kami menonton filem Dua Pendekar arahan Hussein Haniff. Watak hero diperankan oleh Yusof Latif sebagai Adam. Salleh Melan membotakkan kepalanya untuk memerankan watak jahat atau crook, Awang Lekiu. Sementara heroinnya, Roseyatimah sebagai Kenanga. Kedua filem ini aku tonton di panggung Cathay, Melaka. Moga rakaman pengalaman peribadi first hand yang aku pernah lalui ini boleh memberi sumbangan kecil membantu pelajar, pengkaji dan peminat filem Melayu dan Malaysia generasi sekarang serta akan datang untuk mengetahui secebis sejarah filem-filem Melayu e...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.