APA bezanya bekerja dan berkolobrasi dengan Othman Hafsham dan Rahim Razali? Sebenarnya tidak ada dan tidak banyak perbezaannya. Cuma cara kerja pengarah-pengarah yang terlibat berbeza-beza. Tetapi berpeluang bekerja dan berkolobrasi dengan pengarah Othman Hafsham dan Rahim Razali berjaya menambah pengalaman aku dalam hal-hal dan cara-cara berkaitan dengan tugas-tugas pengarah. Pengalaman dan ilmu praktikal ini tidak dapat dipelajari dan dialami di bilik-bilik kuliah. Othman Hafsham merupakan pengarah filem terdidik kerana beliau menuntut ilmu pembikinan filem yang khusus. Beliau merupakan graduan dari London Film School. Beliau pernah bertugas di Filem Negara Malaysia dan RTM sebagai penerbit.Pengetahuan teknikal perfileman dan lakonan beliau seimbang. Rahim Razali pula lulusan dalam jurusan Chartered Accountancy daripada University of Melbourne, Australia. Bertugas dalam bidang periklanan dengan agensi-agensi iklan antarabangsa sepenuh masa dan menjadi pengulas suka...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.