AKU bercadang menulis tajuk baharu selepas empat minggu menulis mengenai perangai dan sikap esentrik seorang pengarah filem muda Rusia, Illya Khrzhanovsky. Esentrisiti atau sikap dan perangai kegilaan seseorang pengarah filem seolah-olah satu kemestian untuk memberi kelainan dan imej tersendiri seorang pengarah filem. Konsep atau pandangan ini sememangnya sentiasa ada dalam industri filem di mana sahaja di dunia ini sejak dahulu. Lanjutan daripada artikel-artikel itu, aku menerima berbagai respons daripada pelajar-pelajar filem dan peminat-peminat filem. Paling menarik perhatian aku ialah respons seorang yang menganggap dirinya seorang film buff atau peminat tegar filem. Seorang film buff selalu dan pastinya merupakan peminat filem yang luas serta dalam pengetahuan tentang perkembangan filem terkini dan sejarah filem dunia. Seseorang film bluff tidak semestinya individu terlibat secara langsung dalam bidang filem. Sesiapa sahaja yang punya minat mendalam tentang filem da...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.