Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Bagaimana filem Hussein jika ada drone?

ADA dalam kalangan rakan-rakanku sejak dahulu mengetahui aku sangat meminati hasil kerja Allahyarham Hussein Haniff menghubungi aku selepas membaca tulisan aku mengenai pengarah yang under rated ini. Paling menarik ada seorang daripada mereka mengingatkan aku supaya jangan lupa menulis tentang kes Hussein menampar seorang wartawan hiburan kerana menulis gosip tentang hubungan Hussein dengan Fatimah Ahmad, heroin filem kedua arahannya, Dang Anum (1962). Aku cuma tersenyum membaca SMSnya itu. Sememangnya ramai di antara pembikin filem dan wartawan hiburan era 60an yang berpusat di Singapura ketika itu tahu tentang isu panas antara Hussein dengan wartawan tersebut. Aku tidak mahu menyebut nama wartawan tersebut kerana beliau sudah meninggal dunia pada 2011. Mungkin aku akan sentuh kes dan gosip sensasi Hussein ini di kesempatan lain. Minggu ini aku ingin menyambung tentang cara kerja dan sikap rebel with a cause Hussein dalam menghasilkan filem-filemnya. Menurut Yunos Alwi, bekas...

Hussein Haniff pengarah yang dilupakan

SEJAK  dua minggu lalu aku menulis mengenai pengarah filem Allahyarham Hussein Haniff berdasarkan informasi pengalaman peribadi Yunos Alwi. Beliau merupakan seorang daripada pemilik syarikat filem iklan PROFILM pada akhir 70-an sehingga awal 90-an. Sebelum syarikat filem Cathay Keris, Singapura ditutup pada 1973, Yunos berhijrah ke Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan. Aku perhatikan filem-filem arahan Hussein kurang diberi perhatian oleh penonton, peminat dan kebanyakan generasi muda Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Pihak berwajib dan media dalam perkembangan filem Melayu dan Malaysia, kurang memainkan peranan menonjolkan filem arahan pengarah seperti Hussein Haniff, M Amin, Mat Sentol dan Nordin Ahmad daripada studio Cathay Keris. Begitu juga karya pengarah Melayu daripada studio Malay Film Productions, Jalan Ampas seperti Jamil Sulong, Omar Rojik dan S Kadarisman. Aku lihat keadaan sekarang tidak ada keseimbangan dalam menghargai sumbangan ha...

Hussein Haniff filmmaker tulen?

BILA menyebut dan berfikir tentang Allahyarham Hussein Haniff, aku pasti teringat tulisan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dalam kertas bahasnya tentang perbandingan antara pengarah Hussein Haniff dengan P Ramlee. Menurut Dr Anuar - "Kita la ni di Malaysia kalau I katakan Hussin Haniff dalam banyak filem lebih baik daripada P Ramlee. Siapa nak setuju?" Dalam melontar pandangan dan pendapat menongkah arusnya, Dr Anuar menganggap Hussein lebih memenuhi kriteria filmmaker atau pembikin filem berbanding P Ramlee. Pada pandangan beliau, P Ramlee penghibur rakyat all rounder sedangkan Hussein lebih menumpukan kelebihan keupayaan berkaryanya khusus untuk filem, terutamanya dari aspek teknikal selain aspek penceritaan naratif. Hussein bukan pelakon, pemuzik, penyanyi, pelawak seperti P Ramlee. Hussein lebih terarah untuk menjadi seorang filmmaker tulen. Lebih-lebih lagi Hussein bermula sebagai penyunting filem dan bukan sebagai pelakon. Aku boleh bersetuju dengan Dr Anuar berdasa...

Hussein Haniff dalam kelasnya tersendiri

AKU  nyatakan minggu lalu – aku menonton filem Dua Pendekar (1964) arahan Hussein Haniff ketika berusia 10 tahun. Dalam keadaan naif tanpa sebarang pengetahuan dan ilmu filem tetapi filem tersebut berjaya memukau aku dengan visual-visual yang belum pernah aku lihat dalam filem-filem Melayu lain sebelumnya. Satu pengalaman unik pernah aku alami. Aku gagal mencari jawapan kenapa aku minat ‘gila’ dengan filem tersebut ketika itu.  Selepas hampir 20 tahun kemudian setelah aku mempelajari dan ada ilmu filem serta terlibat dalam industri filem baru aku bertemu jawapan kenapa dan bagaimana kelainan filem Dua Pendekar meninggalkan impak dan kesan mendalam kepada diriku sehingga Hussein menjadi inspirasiku untuk menjadi seorang pembikin filem atau filmmaker. Secara tidak rasmi aku mengenali siapa Allahyarham Hussein Haniff selepas hampir 12 tahun beliau meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 1966 ketika baharu berusia 32 tahun akibat penyakit barah. ...