Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Cinema verite: Filem dokumentari Tok Guru Nik Aziz

ANTARA  1994 sehingga 2000, aku tidak berpeluang langsung untuk berkarya sama ada mengarah filem ataupun drama untuk televisyen. Selama enam tahun ini peluang untuk aku berkarya tertutup rapat. Masa aku banyak terbuang melayan karenah birokrasi hiburan dan seni tanah air seperti isu rambut panjang, selain aku terpaksa berdepan dengan hubungan kurang mesra dengan Finas dan penentangan aku terhadap rejim Mahathir. Keadaan hidup aku sekeluarga makin meruncing kerana ketidakmampuan aku untuk menampung kos hidup yang tinggi di ibu kota. Akhirnya, pada 1996 aku terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur dan balik ke tempat kelahiran aku di Alor Gajah, Melaka. Kisah hidup aku ini pernah aku ceritakan dalam temu bual dengan Zass setahun lalu. Aku berusaha mendepani tekanan hidup dan penindasan pihak berkuasa walaupun peluang berkarya dan ‘cari makan’ disekat. Aku di‘gam’ tanpa surat rasmi hitam putih daripada pihak berkuasa yang menyekat drama-drama dan filem-filem arahan aku disiark...

Blues Gang diiktiraf selepas empat dekad

SATU-SATUNYA kumpulan blues terunggul Malaysia, Blues Gang diiktiraf dengan penganugerahan prestij The BrandLaureate Country Branding Award 2014. Berita penganugerahan ini disiarkan dalam ruangan Zass, Sinar Harian pada Ahad lalu. Menurut Ito, penyanyi dan pemain blues harp Blues Gang ini, kumpulan mereka merupakan kumpulan pemuzik tempatan pertama menerima anugerah ini melalui kategori Country Branding Award. Kumpulan Blues Gang dianugerahkan dengan sijil plak dan trofi emas 24 karat. Anugerah ini telah disampaikan kepada kumpulan Blues Gang oleh Presiden Asia Pacific Brands Foundation (APBF),Dr KK Johan sempena Blues and Roots Festival di Experimental Theatre, Universiti Malaya pada awal Disember 2014 lalu. Apakah sebenarnya Anugerah The Brand Laureate ini? Anugerah ini dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) yang ditubuhkan pada 2005. Foundation atau Yayasan ini adalah yayasan penjenamaan bertujuan untuk menambah baik amalan penjenamaan dan piawaian di seluruh d...

Adaptasi: Tiang seri perlu dipertahankan

HUJUNG  minggu lalu aku dan penulis novel Tombiruo, Ramlee Awang Murshid telah dijemput menghadiri satu rakaman program untuk Sinar TV sempena Karnival Karangkraf. Rakaman temu bual itu boleh ditonton secara online di Sinar TV, YouTube dan juga di Facebook – Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC). Siapakah pelakon bakal memerankan watak Ejim a.k.a Tombiruo dan watak Amiruddin? Itulah soalan cepumas yang diajukan kepada kami. Sememangnya keinginan peminat dan pembaca setia novel Tombiruo ingin mengetahui siapakah pelakon bakal memerankan watak Ejim aka Tombiruo, si penunggu rimba mula membara sejak sidang media pra-pelancaran filem Tombiruo sebulan lalu. Aku pernah menulis dalam kolum ini tentang keterujaan peminat dan pembaca setia siri novel Tombiruo untuk mengetahui pelakon tanah air yang mana bakal dipilih untuk watak tersebut. Ramai pelakon-pelakon lelaki tanah air diuar-uarkan oleh peminat-peminat novel Tombiruo melalui komen-komen mereka di Facebook RAMFC. Di ant...

Dari idea novelis ke visual pengarah filem

MINGGU ini aku mahu berkongsi dengan pembaca-pembaca, latar belakang beberapa filem-filem adaptasi daripada novel-novel karya penulis-penulis terkenal dunia dan serantau. Adaptasi sesebuah filem yang baik bukan setakat mengekalkan semangat dan tema novel tetapi mengolahnya menjadi karya sinematik yang unik. Berdasarkan pendapat dan pandangan di atas aku ingin berkongsi informasi tentang filem-filem adaptasi dari novel yang aku rasa perlu diketahui oleh pembaca dan penonton bagi menambah kefahaman tentang filem dan meningkatkan budaya menonton filem. Ramai penonton dan pembaca novel selalunya mengharapkan  filem-filem adaptasi rata-ratanya akan  mengikut penceritaan seratus peratus seperti dalam novel. Kenyataan ini memang tidak dapat dipisahkan daripada sikap dan budaya menonton filem oleh kebanyakan penonton-penonton filem di seluruh dunia. Tetapi tuntutan ini hampir pasti belum berjaya dipenuhi seratus peratus oleh pengarah-pengarah filem tempatan dan antarabangsa. ...