MINGGU lalu aku tulis tentang zaman kegemilangan dan kejatuhan P Ramlee berdasar pemerhatian dan melalui pengalaman aku sendiri. Aku tidak merujuk kepada mana-mana bahan arkib dan kajian ilmiah. Aku menulis berdasarkan naluri dan apa yang aku pernah tahu melalui imbas kembali, flashback pengalaman aku membesar di penghujung zaman kemuncak kegemilangan dan awal kejatuhan P Ramlee. Aku lalui satu pengalaman first hand. Jangan pula ada yang menyangka aku ada secara fizikal bersama P Ramlee ketika itu. Maksud aku ialah apa berlaku dan dilalui oleh P Ramlee ketika itu aku ketahui melalui media massa. Aku berkesempatan membaca tulisan-tulisan yang disiarkan melalui akhbar dan majalah memuji kehebatan filem-filemnya di zaman kegemilangannya. Aku sempat mengikuti ulasan dan tulisan yang mengkritik filem-filem arahan P Ramlee di zaman kejatuhannya. Aku juga berpeluang mendengar serta mengutip perbualan mereka yang lebih senior terutamanya peminat-peminat setianya berpangkat ab...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.