Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Jagat bawa persoalan sejagat

AKU mula tahu tentang filem Jagat, filem Tamil tempatan pada 3 November 2015. Hari itu aku terjumpa trailer promosi filem ini di YouTube. Trailernya menarik perhatianku. Aku dapat merasakan kelainan dari segi naratif dan visual yang cuba dipaparkan lewat filem cereka sulung pengarah generasi muda anak Malaysia berbangsa India, Shanjhey Kumar Perumal. Aku terus catatkan dalam diari tarikh tayangannya bermula pada 17 Disember 2015. Selepas hampir sebulan menunggu, akhirnya aku berpeluang menonton Jagat pada hari ketiga tayangannya. Apa yang menarik minat aku untuk menanti menonton filem ini? Tagline atau slogan trailer promosi filem Jagat – An ignored chapter of Indian Malaysian, terjemahan ringkas - Satu bab kehidupan kaum India Malaysia yang diabaikan. Aku lihat Shanjhey ada isu penting hendak dicerita dan dikongsikan dengan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Menurut Shanjhey, filem pertama arahannya ini mengisahkan kehidupan dilalui kebanyakan keluarga kaum India yang te...

Radio, wayang pacak dan politik

AKU akan nukilkan lagi pengalaman peribadiku yang ada hubung kait dengan perkembangan media massa dan filem khususnya di negara kita pada era 60-an dan awal 70-an. Seperti biasa tulisanku ini bukan kajian ilmiah akademik. Cuma satu rakaman perjalanan hidup aku secara tidak langsung ada kaitan dengan kemajuan dan pembaharuan dalam bidang penyiaran baik radio, televisyen dan filem di Malaysia. Sebelum dan selepas kita merdeka pada 1957, hanya radio sahaja merupakan alat komunikasi massa yang ada dan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat negara ini. Aku masih ingat rupa bentuk radio ketika itu. Reka bentuk radio seperti kotak kayu menggunakan bateri kering atau dry cell battery, berukuran sebesar bateri kereta. Ada radio berbentuk besar dengan ukuran 24 inci panjang dan 20 inci tinggi. Ada radio berukuran setengah daripada ukuran tersebut. Seingat aku radio berbentuk lebih kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dikenali sebagai transistor radio atau radio transistor mula wujud di pa...

Bangsawan tanpa tajuk perkenalan pertamaku

KURANG 20 hari lagi kita akan berada di tahun baharu 2016 Masihi. Seiring dengan ketibaan tahun baharu ini, aku tiba-tiba teringat usia industri filem Melayu. Filem Melayu pertama berjudul – Leila Majnun, arahan BS Rajhans diterbitkan pada 1933. Ini bermakna industri filem Melayu sudah berusia 82 tahun setakat 2015 dan 18 tahun lagi, industri filem Melayu menyambut 100 tahun kewujudannya. Usia 82 tahun sesebuah industri filem jika disamakan dengan hayat seorang manusia pastinya merupakan satu usia yang penuh kematangan dan kejayaan. Apakah industri filem Melayu berjaya seperti berjayanya seorang manusia berusia 82 menempuhi segala onak duri cabaran hidup sejak awal hidupnya sehingga berakhir sebagai seorang wise old man? Rasanya tidak perlulah aku menjawabnya. Ketenatan dan dilema dihadapi industri filem kita sekarang sudah cukup untuk memberi jawapan yang sering kita cari bila membincangkan maju mundurnya industri dan dunia perfileman Melayu. Keadaan ini sering dibincangkan ole...

Werner Herzog pengarah filem paling penting

SEBELUM aku menulis tentang keesentrikan pengarah filem Werner Herzog seperti aku janjikan minggu lalu, aku ingin mengimbas kembali untuk merumuskan pandangan dan pendapat si film buff yang menghubungi aku memperkatakan tentang perangai esentrik pengarah-pengarah filem dunia. Menurut si film buff aka peminat filem tegar ini, aku perlu berlaku adil kepada pembikin dan pelajar filem generasi muda kita dalam menyalurkan informasi berkaitan pengarah dan industri filem dunia. Teguran dan ingatan beliau menghantui aku sepanjang dua minggu ini. Selepas tersiar artikel minggu lalu aku ada juga menerima pandangan seorang pelajar filem lewat SMS bertanya apakah perlu mereka mengetahui sejarah keesentrikan kegilaan kesenimanan pengarah-pengarah tersohor dunia ini? Reaksi pelajar ini juga menghantui pemikiran aku sepanjang minggu ini. Kenapa aku merasakan begitu? Aku merasakan kedua pandangan ini melahirkan satu pertentangan mind set atau jalur pemikiran yang perlu diberi perhatian. Secar...

Esentrik hingusan seorang pengarah filem

AKU  bercadang menulis tajuk baharu selepas empat minggu menulis mengenai perangai dan sikap esentrik seorang pengarah filem muda Rusia, Illya Khrzhanovsky. Esentrisiti atau sikap dan perangai kegilaan seseorang pengarah filem seolah-olah satu kemestian untuk memberi kelainan dan imej tersendiri seorang pengarah filem. Konsep atau pandangan ini sememangnya sentiasa ada dalam industri filem di mana sahaja di dunia ini sejak dahulu. Lanjutan daripada artikel-artikel itu, aku menerima berbagai respons daripada pelajar-pelajar filem dan peminat-peminat filem. Paling menarik perhatian aku ialah respons seorang yang menganggap dirinya seorang film buff atau peminat tegar filem. Seorang film buff selalu dan pastinya merupakan peminat filem yang luas serta dalam pengetahuan tentang perkembangan filem terkini dan sejarah filem dunia. Seseorang film bluff tidak semestinya individu terlibat secara langsung dalam bidang filem. Sesiapa sahaja yang punya minat mendalam tentang filem da...

Filem Dau, bila akan siap?

APA lagi keesentrikan Illya Khrzhanovsky ketika mengarah filem Dau sejak 2006 sehingga peringkat suntingan sekarang? Filem ini masih belum siap. Minggu lalu aku menceritakan tentang ‘kegilaan’ melampau Khrzhanovsky membina penuh ketelitian mis-scene-en atau suasana penggambaran babak-babak yang diwujudkan dalam set yang dipanggil The Institute atau Institut. Sehinggakan bunyi air dipam di tandas dalam set tersebut pun diusahakan supaya mengeluarkan bunyi seperti bunyi air tandas yang dipam pada 1950-an. Satu kerja ‘gila’ yang dikenali sebagai eccentricity – kegilaan esentrik, aneh dan tidak konvensional lewat kapasitinya sebagai seorang pengarah filem. Filem Dau arahan Khrzhanovsky ini telah memakan masa penggambaran dari 2008 sehingga 2011. Sekarang masih di peringkat suntingan. Kenapa dan apa yang membolehkan pengarah muda Rusia baharu menjangkau 40 tahun ini berperangai demikian? Sebelum kita mencari jawapannya, mari aku bawa pembaca mengikuti kegilaan kesenimanannya yang ...

DAU, ketelitian kurang siuman?

APA terjadi dalam set dipanggil ‘The Institute’ atau Institut? Set penggambaran dibina khas untuk filem Dau arahan Illya Khrzhanovsky, pengarah muda Rusia yang esentrik dan dianggap ‘gila’ oleh media Rusia dan dunia. Set Institut ini dibina oleh Khrzhanovsky di bandar Kharkiv di timur laut Ukraine. Ia adalah set filem terbesar pernah dibina di Eropah. Ia merangkumi keluasan kawasan berjumlah 12,000 meter persegi dengan pembinaan semula bangunan dan kawasan larangan secara besar-besaran untuk menggambarkan era Stalin dan Moscow yang pernah wujud pada 1938-1968. Berukuran lebih kurang saiz dua padang bola sepak dengan dikelilingi bangunan lima tingkat dengan seni bina bersifat ‘menindas’ dan menggerunkan yang sering kita lihat di negara-negara blok komunis. Terdapat satu bangunan besar menempatkan makam Lenin, di samping dua bangunan kediaman yang kelihatan lusuh. Semua ini ditambah oleh suasana suram dengan angin kencang diiringi muzik cello tanpa nada sentiasa kedengaran melalu...

Dau, filem tanpa tarikh siap

MINGGU ini aku akan sambung menulis tentang eccentricity atau kegilaan esentrik kesenimanan pengarah muda Rusia bernama Ilya Khrzhanovsky yang baru berusia 40 tahun. Eccentricity adalah perkataan Inggeris menurut Kamus Inggeris – Melayu Dewan membawa makna sifat, perlakuan aneh, idea-idea ganjil dan aneh. Eccentric atau esentrik ialah sifat seseorang yang mempunyai pandangan, perangai dan tingkah laku ganjil, aneh dan tidak konvensional. Dau adalah filem kedua arahan Ilya Khrzhanovsky mengisahkan kehidupan saintis Rusia pemenang The Nobel Prize in Physics, 1962, Lev Landau (1908-1968). Filem ini merupakan salah satu projek terbesar dan paling kontroversial dalam sejarah sinema Rusia sehingga ke saat ini. Khrzhanovsky memulakan proses pra-produksi filem Dau pada 2006. Selepas dua tahun, baru penggambaran sebenarnya bermula pada 2008 dan berlangsung sehingga 2010. Penggambaran memakan masa selama tiga tahun telah menghasilkan bahan rakaman visual-visual mentah berdurasi 700 jam...

Pengarah filem dan sikap esentriknya

MELALUI kolumku ini selama enam minggu lalu aku berhasil berkongsi dengan pembaca melayari sejarah masa silam era kegemilangan filem Melayu 50-an dan 60-an lewat tulisan aku tentang salah seorang pengarah era itu, Allahyarham Hussein Haniff dan filem-filem arahannya. Tidak dinafikan Hussein sinonim dengan sikap keras kepala, menentang arus dan sukar untuk bekerjasama melainkan dengan beberapa orang yang ‘sekepala’ dengannya. Beliau dikategorikan sebagai seorang perfectionist. Sikap non-conformist Hussein ini dianggap ‘gila’. Ditambah lagi dengan hubungan kurang mesra beliau dengan wartawan ketika itu. Aku ingin nyatakan berdasarkan pengalaman peribadi pernah aku lalui sejak aku menduduki kerusi pengarah, sebenarnya attitudes, perangai dan sikap seperti ini sama ada disedari atau tidak ada pada semua pengarah filem. Cara luahan dan manifestasi attitudes dan sikap ini berbeza-beza di antara seorang pengarah dengan seorang pengarah yang lain. Pengarah filem silih berganti, data...