Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru berbicara tentang seni

SATU  perjumpaan dan sesi dialog antara penggiat seni hiburan dan karyawan seni dan sastera bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diadakan pada 31 Oktober 2002 di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah atas daya usaha Dinsman dan diaturkan Setiausaha Politik Tok Guru ketika itu, Anual Bakri. Dinsman yang mewakili kami memulakan dialog dengan meminta penjelasan tentang kegiatan seni dan hiburan daripada perspektif Islam. Tok Guru sendiri mengakui yang beliau bukan mahu mengambil alih tugas mufti dalam menghalal dan mengharamkan satu-satu perkara dan perbuatan. Namun kepada kami beliau merupakan tokoh yang juga punya autoriti untuk memberi penjelasan dan kefahaman tentang seni hiburan dari aspek halal haramnya dari segi Islam. Menurutnya, Islam tidak menghalang kegiatan kesenian. Beliau menjelaskan dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut dan menyatakan tentang keindahan, kecantikan dan kedamaian. Tok Guru menerangkan seni itu indah da...

Tok Guru beraksi!

SELEPAS  Asar pada petang 24 Oktober 2001, hari terakhir penggambaran peringkat pertama, kami telah berpeluang membuat penggambaran Tok Guru di kebunnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Tok Guru ke kebun membawa sebilah parang panjang dan selaras senapang patah. Dengan memakai baju T putih, berseluar panjang, berkain pelekat, berkopiah dengan sepasang boot getah, Tok Guru menyusuri jalan sunyi kampung menuju ke kebunnya. Selain menebas semak samun di kebun, Tok Guru juga akan menembak tupai-tupai yang sering memakan buah kelapa dan buah-buahan lain di kebunnya itu. Walaupun aku dan Dinsman cuba sedaya mampu sepanjang penggambaran ini tidak meminta Tok Guru beraksi atau melakonkan pergerakan dan rutin hidup hariannya tetapi ketika membuat penggambaran Tok Guru menebas dan menembak tupai di kebunnya, aku telah melanggar pantang yang kami setujui bersama sebelum ini. Ada dua shot Tok Guru diminta beraksi. Atas permintaan jurukamera, Tok Guru diminta untu...

Tok Guru yang aku hormati

PENGGAMBARAN dokumentari Tok Guru bermula pada 15 Oktober 2001. Penggambaran dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama selama 10 hari dan seterusnya peringkat kedua melibatkan kegiatan Tok Guru dalam bulan puasa. Pada tahun 2001, Ramadan bermula dari 17 November. Penggambaran peringkat pertama berakhir pada 25 Oktober 2001. Sepanjang November aku melakukan penyuntingan dokumentari ini sementara menunggu untuk sekali lagi ke Kota Bharu untuk penggambaran peringkat kedua bermula dari 26 November 2001.   Untuk penggambaran dokumentari Tok Guru ini aku telah menyelongkar semula majalah-majalah Tamadun terbitan 2001 dan 2002 yang terdapat tulisan Dinsman mengenai penggambaran dan pembikinan dokumentari ini. Aku juga bernasib baik masih menyimpan akhbar-akhbar tabloid mingguan, Cabaran edisi November 2001 mengandungi artikel-artikel tulisan Dinsman mengenai penggambaran dokumentari Tok Guru ini. Selain daripada rujukan ini aku juga ada menulis...

Cinema verite: Filem dokumentari Tok Guru Nik Aziz

ANTARA  1994 sehingga 2000, aku tidak berpeluang langsung untuk berkarya sama ada mengarah filem ataupun drama untuk televisyen. Selama enam tahun ini peluang untuk aku berkarya tertutup rapat. Masa aku banyak terbuang melayan karenah birokrasi hiburan dan seni tanah air seperti isu rambut panjang, selain aku terpaksa berdepan dengan hubungan kurang mesra dengan Finas dan penentangan aku terhadap rejim Mahathir. Keadaan hidup aku sekeluarga makin meruncing kerana ketidakmampuan aku untuk menampung kos hidup yang tinggi di ibu kota. Akhirnya, pada 1996 aku terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur dan balik ke tempat kelahiran aku di Alor Gajah, Melaka. Kisah hidup aku ini pernah aku ceritakan dalam temu bual dengan Zass setahun lalu. Aku berusaha mendepani tekanan hidup dan penindasan pihak berkuasa walaupun peluang berkarya dan ‘cari makan’ disekat. Aku di‘gam’ tanpa surat rasmi hitam putih daripada pihak berkuasa yang menyekat drama-drama dan filem-filem arahan aku disiark...

Blues Gang diiktiraf selepas empat dekad

SATU-SATUNYA kumpulan blues terunggul Malaysia, Blues Gang diiktiraf dengan penganugerahan prestij The BrandLaureate Country Branding Award 2014. Berita penganugerahan ini disiarkan dalam ruangan Zass, Sinar Harian pada Ahad lalu. Menurut Ito, penyanyi dan pemain blues harp Blues Gang ini, kumpulan mereka merupakan kumpulan pemuzik tempatan pertama menerima anugerah ini melalui kategori Country Branding Award. Kumpulan Blues Gang dianugerahkan dengan sijil plak dan trofi emas 24 karat. Anugerah ini telah disampaikan kepada kumpulan Blues Gang oleh Presiden Asia Pacific Brands Foundation (APBF),Dr KK Johan sempena Blues and Roots Festival di Experimental Theatre, Universiti Malaya pada awal Disember 2014 lalu. Apakah sebenarnya Anugerah The Brand Laureate ini? Anugerah ini dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) yang ditubuhkan pada 2005. Foundation atau Yayasan ini adalah yayasan penjenamaan bertujuan untuk menambah baik amalan penjenamaan dan piawaian di seluruh d...