Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Hussein dan P Ramlee, Satu kombinasi sinematik

AKU akhiri artikel minggu lalu dengan pertanyaan - mengapa daripada 14 filem arahan Allahyarham Hussein Haniff, hanya filem Hang Jebat (1961) dan Dang Anom (1962) berjaya mengutip koleksi pecah panggung? Filem-filem Hussein lain gagal di pasaran berbanding filem-filem arahan P Ramlee yang kebanyakannya pecah panggung. Terutamanya filem-filem arahan P Ramlee ketika di Singapura antara 1955 sehingga 1963. Situasi yang terjadi kepada Hussein dan P Ramlee ini mewujudkan dua pandangan berbeza ketika era kegemilangan mereka dan awal 80-an dalam memperkatakan ketokohan dua pengarah penting dunia filem Melayu ini. Kenapa ini berlaku? Pandangan dan pendapat bakal aku catatkan ini bukan kajian ilmiah dan akademik tetapi lebih berdasarkan pengalaman peribadi ketika aku membesar pada era 60an. Pengalaman peribadi first hand yang pernah aku tempuhi itu, sekarang sudah menjadi sejarah. Dalam konteks sejarah industri perfileman Melayu yang boleh aku ceritakan semula tanpa perlu aku membaca dan...

Hussein Haniff & P Ramlee: Satu perbandingan

AKU  menerima beberapa respons daripada pembaca dan juga rakan-rakan dalam bidang filem dan seni mengenai tulisan-tulisan aku tentang pengarah Allahyarham Hussein Haniff. Di antaranya yang menarik hati aku ialah respons daripada seorang rakan lamaku. Beliau bukan orang filem tetapi meminati dan mengikuti perkembangan filem dan seni hiburan tanah air sejak era 50-an dan selepas merdeka. Merupakan seorang otai yang masih suka menonton filem Melayu di pawagam dengan menggunakan kemudahan tiket separuh bayaran bagi warga emas. Beliau bertanya – kenapa aku dan rakan-rakan seangkatanku lebih cuba berusaha mengangkat Hussein berbanding P Ramlee sebagai pengarah dan filmmaker? Beliau menyuarakan juga pandangan tentang seperti ada penolakan terhadap P Ramlee sebagai seorang filmmaker tulen berbanding Hussein dalam kalangan pemikir, pengkaji, pengkritik dan pembikin filem angkatan baharu ketika aku mula menceburi bidang perfileman pada awal 80-an. Maksud beliau, golongan ya...

Keganasan & kekerasan dalam filem Hussein Haniff

MINGGU ini aku sambung semula catatan tentang pengarah Allahyarham Hussein Haniff. Dari artikel dan tulisan yang aku baca melalui majalah-majalah lama yang masih ada dalam simpanan aku, pengarah ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur keganasan dan kekerasan dalam filem-filem arahan beliau. Ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60an, selain dikenali sebagai pengarah yang memastikan filem-filemnya punya keunikan tersendiri daripada aspek pemilihan sudut kamera dan suntingan, Hussein juga seolah-olah sinonim dengan keganasan dan kekerasan dalam filem-filem arahannya. Elemen dan unsur-unsur keganasan dan kekerasan yang dihasilkan oleh Hussein bukan sahaja diperkatakan oleh pengulas dan pengkritik filem zamannya tetapi masih lagi dikaji dan diperkatakan oleh pengkritik dan pengkaji filem Melayu dan Malaysia sehingga sekarang. Keganasan yang aku maksudkan terdapat dalam filem-filem Hussein adalah dalam konteks pembikinan filem pada era 60-an. Pada era industri perfile...

Hebatkah Polis Evo?

SEBELUM dan selepas menyambut Hari Raya Aidiladha, media massa baik elektronik, cetak dan media sosial alam siber dipenuhi dengan berita kejayaan filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo, arahan Ghaz Abu Bakar. Filem ini berjaya membuat kutipan RM2.5 juta dalam hanya 4 hari sejak mula ditayangkan pada 17 September lalu. Terkini kutipan pecah panggungnya sudah mencecah RM8 juta selepas 11 hari tayangan. Filem ini masih lagi ditayangkan sekarang. Pasti kutipan pecah panggungnya terus meningkat. Sebenarnya minggu ini aku mahu menyambung tulisanku mengenai pengarah Allahyarham Hussein Haniff tetapi bila filem Polis Evo menjadi berita panas dan topik perbualan ramai, aku ingin berkongsi pandangan tentang kejutan dihasilkan oleh filem aksi ini. Kelesuan dan kurangnya sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan khususnya filem Melayu sejak dua tahun kebelakangan ini tidak dinafikan membuat pembikin filem kita risau dan bimbang tentang masa depan industri filem tanah air. Cita rasa da...