JIKA diselak perjalanan seninya, mungkin ramai yang menarik nafas panjang kerana bukan mudah untuk ikon seni ini terus bertahan. Mula mencipta nama sebagai pengarah seni untuk filem, Mekanik pada 1983, langkah Nasir Jani turut disertai dengan kontroversi hebat. Terkenal dengan sikap lantangnya dalam menyelar kerajaan dan pimpinan ketika itu, Nasir pernah melalui episod duka termasuk dipenjarakan serta ditempatkan ke Tanjung Rambutan. Malah, rentetan daripada peristiwa itu, dia terpaksa melalui detik-detik sukar untuk bergerak dalam kerjaya seninya. Namun, ia adalah kisah satu ketika dahulu dan kini Nasir kembali bangkit dari ‘mimpi hitam’ itu secara berperingkat. Malah, ikon seni seangkatan dengan pelakon veteran hebat, Datuk Rahim Razali, ini bakal tampil dalam filem arahan ketiganya. Di kesempatan ini, Zass menyusun satu temu bual bersama pengarah filem, Kembara Seniman Jalanan dan Rozana 1987, ini dalam berkongsi cerita mengenai karya terbaharunya sert...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.