FILEM 'Slank, nggak ada matinya’, arahan Fajar Bustami adalah filem muzikal Indonesia ditayangkan pada penghujung 2014. Aku hanya berpeluang menonton filem ini lewat DVD dipinjamkan oleh seorang rakan. Rakanku memperoleh DVD ini ketika beliau bercuti di Bandung awal bulan lalu. Rakanku ini memang tahu dalam senarai penyanyi dan grup rock aku dengar dan minati, salah satunya ialah kumpulan Slank daripada Indonesia. Apa menariknya filem tentang kumpulan pemuzik hard rock dan blues bernama Slank ini? Sebelum aku meneruskan coretan tentang filem Slank, nggak ada matinya ini, rasanya lebih baik aku berikan latar belakang kumpulan rock paling top bertaraf legandaris dengan menerima bayaran paling mahal untuk setiap konsert mereka di Indonesia. Ditubuhkan pada 1983 oleh Bimo Setiawan Almachzumi (Bimbim) merangkap pemain dram. Sehingga kini Slank telah melalui 14 kali pertukaran anggota. Kali terakhir ialah pada 1996. Barisan anggota yang kekal sehingga kini terdiri daripada B...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.