MINGGU ini aku sambung semula catatan tentang pengarah Allahyarham Hussein Haniff. Dari artikel dan tulisan yang aku baca melalui majalah-majalah lama yang masih ada dalam simpanan aku, pengarah ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur keganasan dan kekerasan dalam filem-filem arahan beliau. Ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60an, selain dikenali sebagai pengarah yang memastikan filem-filemnya punya keunikan tersendiri daripada aspek pemilihan sudut kamera dan suntingan, Hussein juga seolah-olah sinonim dengan keganasan dan kekerasan dalam filem-filem arahannya. Elemen dan unsur-unsur keganasan dan kekerasan yang dihasilkan oleh Hussein bukan sahaja diperkatakan oleh pengulas dan pengkritik filem zamannya tetapi masih lagi dikaji dan diperkatakan oleh pengkritik dan pengkaji filem Melayu dan Malaysia sehingga sekarang. Keganasan yang aku maksudkan terdapat dalam filem-filem Hussein adalah dalam konteks pembikinan filem pada era 60-an. Pada era industri perfile...
Nasir Jani adalah ikon seni yang mula mencipta nama menerusi filem 'Mekanik' arahan Othman Hafsham. Tombiruo merupakan filem adaptasi pertama arahannya yang dinantikan semua penggemar Ramlee Awang Murshid.