Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Al Fateh dan Fitzcarraldo ada persamaan?

SEDAYA upaya aku berusaha elakkan hutang dan berhutang dalam hidupku ini. Tidak kiralah berhutang duit atau hutang janji. Kenapa tiba-tiba minggu ini aku mulakan nukilanku dengan isu hutang? Sebenarnya, baru-baru ini aku terbaca respons daripada pembaca kolum ini menyatakan aku mungkir janji. Menurut pembaca tersebut aku sepatutnya menyambung pengisahan tentang pengarah esentrik Jerman, Werner Herzog pada 13 Disember 2015. Sebaliknya aku menulis tentang kisah bangsawan tanpa tajuk. Diikuti beberapa minggu seterusnya dengan tulisan mengenai isu-isu lain. Sepatutnya aku menyambung menulis bagaimana Herzog mengarah filem Fitzcarraldo yang memenangkan beliau Anugerah Pengarah Terbaik di Cannes Film Festival ke-35, 1982. Aku tidak menafikan kegagalan aku meneruskan pengisahan tentang Herzog dan penggambaran filem Fitzcarraldo. Aku minta maaf kepada pembaca-pembaca yang menunggu sambungan kisah pengarah tersohor dengan kegilaan esentrik kesenimanannya. Ini berlaku kerana hal-hal...

Hak cipta boleh padam?

SEPANJANG minggu lalu, aku melayan isu klip video kempen TPPA Malaysia yang viral di alam siber. Kempen ini digambarkan sebagai salah satu usaha penerangan isu TPPA oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada rakyat. Dalam kes ini, penerangan lebih menjurus ditujukan kepada penggiat dan karyawan seni tanah air. Klip video kempen ini menggunakan bahan-bahan daripada filem pertama arahanku 30 tahun lalu, Kembara Seniman Jalanan (1986). Penggunaan bahan-bahan ini tidak dimaklumkan kepada Zarul Hisham Albakri, penerbit dan pemegang hak cipta filem ini TPPA Malaysia. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati Pyanhabib, pemeran watak Osman Tikus dalam filem tersebut. Sikap membelakangkan dan tidak menghormati pemilik hak cipta filem Kembara Seniman Jalanan menimbulkan rasa kurang senang atau bahasa mudahnya rasa marah, bengang dan berbulu dalam kalangan mereka yang terlibat dalam penghasilan filem tersebut termasuk aku sendiri. Pyanhabib meluahkan rasa marah bengangnya le...

Klip video TPPA yang misteri

KETIKA pertemuan malam 5 Januari 2016 itu, Pyanhabib beritahu dan menunjukkan aku tentang satu klip video kempen TPPA Malaysia sedang viral di alam siber. Klip video itu merupakan bahan kempen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menerangkan kepada umum tentang apa itu – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). TPPA, isu yang hangat diperkatakan sekarang dengan pro dan kontranya. Ketika ini kerajaan sedang berusaha memberi kefahaman kepada rakyat. Aku lihat klip video ini merupakan salah satu bahan kempen penerangan TPPA. Penghasilan klip video dan penerangan tentang TPPA dihasilkan oleh pihak TPPA Malaysia ini telah menggunakan dua babak daripada filem sulung arahanku pada 1986, Kembara Seniman Jalanan. Pertama, babak watak Bujang diperankan oleh M Nasir (Datuk) sedang melayan watak Osman Tikus, diperankan oleh Pyanhabib. Dalam babak ini Bujang memberitahu Osman Tikus yang dia mahu jadi penyanyi. Tetapi cita-cita Bujang itu dipersoalkan oleh Osman T...

Pyanhabib aka Osman Tikus

MALAM Selasa (5 Januari 2016) lalu, aku bertemu Pyanhabib aka Osman Tikus di restoran di Ampang. Aku datang dari Melaka dan perlu berada beberapa hari di Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Sudah lama aku tidak bertemu member lamaku ini. Selalunya bila aku datang dan perlu berada beberapa hari di Kuala Lumpur, aku cuba mencari masa dan ruang untuk bertemu member-member lama yang berupaya aku kesan. Kali ini aku berpeluang bertemu Pyanhabib. Aku rasa tidak ramai generasi bawah awal 30-an mengenali susuk ini. (Harap-harap pandangan aku ini silap.) Aku dapati ramai generasi berusia 40-an ke atas mengenali lelaki yang masih kekal berimej rugged dengan rambut gondrongnya. Sejak kebelakangan ini aku lihat Pyanhabib sangat aktif berinteraksi dengan peminatnya lewat Facebook - mukabukunya di alam siber. Aku perhatikan mukabuku Pyanhabib berhasil menambah pengikut dan peminat baharu dan muda selain peminat tegarnya sejak era 80-an. Siapa Pyanhabib? Pyanhabib atau nama kad pengenalannya M...

2016: Pengarah Melayu arah filem Cina

SUDAH tiga hari kita berada di tahun baharu 2016. Aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada pembaca Lantera. Moga kita lebih sukses dan berjaya mencapai impian yang mungkin gagal dipenuhi tahun lalu. Selalunya, pada awal tahun kebanyakan kita akan berazam baharu atau membaharui azam yang gagal dicapai tahun sebelumnya. Aku tidak ada azam baharu mahupun azam lama belum dipenuhi. Azam aku sejak dahulu hingga bila-bila cuma satu – hendak mencari peluang mengarah dan berkarya melalui filem. Tetapi azam itu gagal aku penuhi tahun lalu. Moga 2016 ini memberi aku kesempatan merealisasikan azam untuk mengarah filem tercapai. Insya-Allah. Minggu ini aku ingin mengimbas kembali peristiwa-peristiwa aku kira penting berlaku dalam industri dan dunia perfileman tempatan sepanjang tahun lalu. Tahun 2015 bermula lembab dan tidak memberangsangkan dari segi sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan, khususnya filem Melayu. Sepanjang empat bulan pertama hanya t...