Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Francois Truffaut

Werner Herzog pengarah filem paling penting

SEBELUM aku menulis tentang keesentrikan pengarah filem Werner Herzog seperti aku janjikan minggu lalu, aku ingin mengimbas kembali untuk merumuskan pandangan dan pendapat si film buff yang menghubungi aku memperkatakan tentang perangai esentrik pengarah-pengarah filem dunia. Menurut si film buff aka peminat filem tegar ini, aku perlu berlaku adil kepada pembikin dan pelajar filem generasi muda kita dalam menyalurkan informasi berkaitan pengarah dan industri filem dunia. Teguran dan ingatan beliau menghantui aku sepanjang dua minggu ini. Selepas tersiar artikel minggu lalu aku ada juga menerima pandangan seorang pelajar filem lewat SMS bertanya apakah perlu mereka mengetahui sejarah keesentrikan kegilaan kesenimanan pengarah-pengarah tersohor dunia ini? Reaksi pelajar ini juga menghantui pemikiran aku sepanjang minggu ini. Kenapa aku merasakan begitu? Aku merasakan kedua pandangan ini melahirkan satu pertentangan mind set atau jalur pemikiran yang perlu diberi perhatian. Secar...

Auteur theory dari gelombang baharu

SECARA  peribadi aku mengambil semangat daripada kelompok pembikin-pembikin filem new wave Perancis – French New Wave untuk aku melakukan perubahan dalam bidang pengarahan dan penghasilan filem. Makna mudah New Wave ialah gelombang baharu. Di antara nama-nama penting membawa gelombang baharu dalam kelompok French New Wave ini ialah pengarah Francois Truffaut dan Jean Luc Godard. Mereka ini sebelum menduduki kerusi pengarah bermula dari penulis dan pengkritik filem untuk majalah filem Perancis terkenal Cahiers du Cinema yang diasaskan oleh Andre Bazin, seorang pengkritik dan pakar teori filem. Gerakan gelombang baharu kelompok penggiat dan aktivis filem, French New Wave ini berada di kemuncak kepopularan mereka di antara 1958 hingga 1964. Tetapi pengaruh mereka ini terus mempengaruhi pembikin-pembikin filem lain sehingga tahun-tahun 70-an. Pengaruh mereka menular bukan sahaja kepada ramai pembikin filem Eropah tetapi juga Hollywood. Malah pemikiran mereka ini m...

Cerdik filem atau filem cerdik?

KALI  ini aku ingin mengimbas kembali pengalaman lebih 30 tahun silam. Flashback aku dan rakan-rakan pencandu filem yang gila dan obses dengan filem Melayu dan world cinema lalui ketika itu. Pengkaji filem dan sejarah filem Melayu akan menemui tahun-tahun 1980 sehingga 1990 ada satu perubahan drastik berlaku ketika ini. Pertembungan antara dua golongan pembikin dan penggiat filem. Golongan pertama terdiri daripada mereka yang bermula dari sistem studio di Singapura. Rata-ratanya bekas pelakon, pengarah dan penolong pengarah era filem Melayu hitam putih. Golongan kedua adalah pembikin dan penggiat-penggiat filem yang tidak ada langsung pertalian dan kaitan dengan sistem studio dan kegemilangan zaman Jalan Ampas dan Cathay Keris, Singapura. Mereka terdiri daripada pembikin-pembikin dan penggiat-penggiat filem ‘homegrown’. Golongan muda kelahiran Malaysia dengan latar belakang teater, filem iklan, penulisan kreatif dan televisyen selain mereka yang berkelulusan bidang filem ...