Langkau ke kandungan utama

Catatan

Siapa di sebalik filem Mekanik

KETIKA  Hafsham membuat keputusan muktamad untuk mengambil Azmil Mustapha menggantikan Dharma Harun sebagai hero filem Mekanik, waktu pejabat sudah berakhir. Keesokan harinya, seawal pagi aku berusaha menghubungi syarikat Showmaster untuk mendapatkan Azmil. Pihak Showmaster tidak tahu bila beliau akan hadir ke pejabat. Azmil merupakan freelancer dengan syarikat Ali Bakar itu. Ketika itu belum ada kemudahan telefon bimbit atau smartfon. Aku tinggalkan pesan supaya Azmil menghubungi kami di studio Perfima secepat mungkin. Memandangkan masa makin suntuk dan aku khuatir Azmil tidak masuk pejabat hari itu, aku hubungi semula pejabat Showmaster untuk mendapatkan alamat kediaman beliau. Aku masih ingat hari itu adalah hari Jumaat. Sebaik sahaja aku mendapat alamat kediamannya, aku bergegas ke rumahnya yang terletak di Bangsar. Aku mengejar waktu. Aku berharap dapat menemui beliau untuk mengatur sesi pertemuan dengan Hafsham selepas solat Jumaat nanti. Aku berjaya menemui rum...

Bagaimana aku temui Azmil Mustapha

SELEPAS  30 tahun berlalu, semua sudah tahu pengganti Dharma Harun al-Rashid untuk watak hero filem Mekanik ialah Azmil Mustapha. Satu Malaysia khususnya peminat dan penonton filem Melayu dan bangsa Melayu amnya tahu apa yang tercetus daripada kemunculan sulung Azmil melalui filem Mekanik. Azmil seterusnya mencipta fenomena melalui filem-filem siri Ali Setan dengan penampilannya dalam Ali Setan (1985) arahan Jins Shamsudin, Ali Setan 2 (1986) arahan Yasin Salleh. Tetapi, siapa dia Azmil sebelum dia menjadi hero? Bagaimana dan di mana aku menemuinya? Sebelum meneruskan, izinkan aku ceritakan sedikit lagi senario industri filem Malaysia ketika itu.       Aku juga mahu ceritakan pengalaman aku bertugas sebagai penolong pengarah berhadapan dengan kerenah, sikap dan masalah pelakon ketika segala kemudahan untuk memproduksikan sesebuah filem amat terbatas dibandingkan dengan sekarang. Pada awal 80-an ramai beranggapan kegiatan menerbitkan filem Melayu...

Hafsham dan filem cerdiknya

AKU mula bertugas dengan Othman Hafsham dalam produksi filem arahan keduanya, Mekanik pada pertengahan tahun 1982. Selama kurang lebih enam bulan sehingga penghujung 1982, aku memikul tugas sebagai penolong pengarah untuk membantu Hafsham (nama panggilan santai tidak rasmi beliau) untuk mengemas kini dan mencantikkan lagi cerita serta skrip filem Mekaniknya itu. Di peringkat ini cuma kami berdua sahaja merupakan anggota pasukan produksi untuk projek ini. Rumah Hafsham di Taman Melawati ketika itu merupakan pejabat kami. Waktu kerja kami selalunya pada sebelah malam. Pada waktu siang Hafsham masih dengan syarikatnya, Profilm membuat filem-filem iklan. Kami tidak berjumpa setiap malam. Perjumpaan dan perbincangan untuk olahan dan mengemaskinikan skrip selalunya diadakan dua atau tiga malam dalam seminggu. Rutin kerja ini bergantung kepada jadual penggambaran filem-filem iklan arahan Hafsham di Profilm. Dalam masa yang sama setelah tidak lagi bekerja dengan Urusan Film, aku terli...

Aku kembali bikin filem

PENGGAMBARAN  filem Kami arahan Patrick Yeoh dan dilakonkan oleh Sudirman Haji Arshad dan adik Zul Zamanhuri dilakukan pada penghujung 1981. Aku meninggalkan produksi tersebut setelah kontrak aku tamat walaupun penggambaran belum berakhir. Ketika itu sudah masuk ke tahun 1982. Bagi menggambarkan suasana aku alami dalam produksi Kami ketika itu boleh aku pinjam gunakan bahasa orang-orang filem, shooting dah bust atau delay! Bererti penggambaran sudah melebihi jadual dan lambat. Keadaan jadi kalut. Aku sudah tidak berupaya melayan kerenah-kerenah ditimbulkan oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan produksi tersebut. Akhirnya, pada awal tahun baharu 1982 dengan hati yang berat aku mengambil keputusan meninggalkan produksi Kami. Banyak peristiwa berlaku di negara kita dengan bermulanya tahun baharu 1982. Bermula dari 1 Januari 1982, negara mula diperintah oleh perdana menteri ke empat, Dr Mahathir Mohamad yang menggantik...

Mengapa aku tinggalkan KAMI

TULISAN  aku tentang filem Kami minggu lalu, membuat beberapa rakan lama yang tidak terlibat dalam bidang perfileman menghubungi aku. Mereka menonton filem Kami melalui YouTube selepas membaca artikel tersebut. Ada di antara mereka pernah menonton Kami menerusi televisyen dahulu. Mereka bertanya betulkah aku penolong pengarah Patrick Yeoh untuk filem pertama dan terakhir lakonan Sudirman Haji Arshad itu? Mereka bertanya begitu kerana nama aku tidak ada pada credit titles pembukaan filem dan penutup credit titles akhir filem Kami. Aku suruh mereka ikuti tulisan aku minggu ini untuk mendapatkan jawapannya. Filem Kami lebih mendedahkan aku kepada pengalaman berharga mengenali sikap, perangai dan intrik-intrik tipu muslihat di belakang tabir pembikinan sesebuah filem. Secara langsung dan tidak langsung sikap negatif mereka ini menyumbang kepada lembab dan liatnya filem-filem Melayu untuk berkembang dan maju dengan pemikiran dan sikap baharu selari dengan tuntutan p...

Dari iklan ke cereka...

AKU memulakan langkah menjadi penolong pengarah pada tahun 1981. Aku bermula dengan sebuah produksi antarabangsa dari Perancis untuk penggambaran filem berjudul After The River. Filem yang menjalani penggambaran di Setiu, Terengganu ini berlatarbelakangkan perang Vietnam yang berlaku sejak 1955 sehingga 1975. Perang yang melibatkan pertembungan antara Amerika Syarikat dengan blok fahaman komunis Vietnam Utara ketika itu. Ini merupakan filem cereka pertama aku terlibat sebaik sahaja aku berhenti dari syarikat Profilms. Untuk filem ini aku berpeluang bertugas sebagai penolong pengarah ketiga. Tugas aku memastikan lokasi dan logistik melibatkan kru tempatan dalam keadaan tersusun dan siap siaga. Tenaga kerja terlibat dalam produksi ini terdiri dari Perancis dan tempatan berjumlah hampir 60 orang. Pengalaman aku lalui dengan keterlibatan dalam produksi dari warganegara Perancis itu membuka mata aku untuk memahami berbagai benda boleh dilakukan dan dihasilkan melalui filem sam...

Aku bermain di tepian gelanggang

TAHUN-tahun 1981 sehingga 1985 merupakan jangka masa penting dalam proses dan usaha aku untuk menjadi seorang pembikin dan pengarah filem. Aku juga mengalami dan melalui perubahan peribadi dalam melengkapkan diri mengejar cita-cita. Perubahan peribadi yang aku maksudkan ialah peralihan dari pembikinan filem iklan ke bidang pembikinan filem feature atau filem cereka untuk layar lebar – filem untuk panggung. Aku mengambil langkah sedemikian kerana aku mahu mencari pengalaman bekerja dengan pengarah-pengarah filem cereka. Ketika aku terlibat dalam filem iklan, aku sering berpeluang bekerja dengan pengarah-pengarah luar dari London dan Australia selain pengarah filem iklan tempatan seperti Othman Hafsham dan Kamal Mustapha. Dalam bidang pembikinan filem iklan tempatan, penglibatan pengarah filem iklan daripada semua anak bangsa Malaysia lebih terserlah dibandingkan dengan bidang pembikinan filem cereka khususnya filem Melayu. Lebih separuh dari filem-filem iklan yang dihasilkan adalah...